Monday, November 26, 2012

- daerah aku dan kau -

daerah kau :

- langitnya sentiasa biru berawan seputih kapas, kadangkala diserikan dengan pelangi

- tanahnya menghijau berbukit bukau, di pinggir pantai sentiasa ombak menghempas tika matahari terbenam

- malam nya penuh dengan bintang dan bulan menjadi tema nya, bunyi cengkerik menjadi lagu malam2

- pagi menjelma dengan matahari yang memancar, kicau burung yang merdu menjadi halwa telinga





daerah aku : 

- langit mendung, hujan ditemani awan gelap, sering sahaja halilintar dan petir hadir membelah kesyahduan

- tanah keras berbatu berdebu, yang mana becak pula tika hentinya sang hujan mengotori kaki sesiapa sahaja

- malam yang sejuk,dingin gelap tanpa bulan bintang, hanya burung hantu memainkan bunyi2 seramnya

- cahaya pagi kelam dek kabus, seperti segan sang mentari memberi cahayanya



beza daerah aku dan daerah kau amat banyak, mana mungkin kau biasa dgn daerahku ini, tapi aku, sentiasa mengharapkan seperti daerah kau, tak banyak,sedikit pun jadi.

- pedih -

salam siang,

peh....tak tahu lah kalau korang pernah rasa.

semangat,kekuatan,sumber ilham korg yg selama ni korg dambakan,agungkan,direntap dalam seketika.

terkedu seketika aku malam tadi.

sedikit demi sedikit timbul penyesalan.

kadang aku nampak, memang itu semua seperti salah aku

tapi bagaimana dgn semua kebaikan dan sumbangan yg aku dh berikan?

haruskan ia dilupakan kerana kesilapan aku

atau itu mmg skeptikal pemikiran manusia kini.

patut aku punya SKT tahun lepas cam haram. i guess..

so, back to the word, i feel pain inside me

pedih.

nk kongsi.?? kt mana? dgn ape?

aku dah tak tahu.

bukan sbb ak tak pernah buat.

sebab nnt jadi lagi itu semua salah aku.

haih #selamanyaharimaumalaya #tanahtumpahnyadarahku

- rindu aku -

salam semua,

hye,dah tgh malam dah ni. tak penat ke baru balik tgok bola td.??

agak la, tp tgn gatal.

dan rindu.

kaorang tau kan kalau ak dah mula menaip semula sbb ape.

well,bkn sbb itu.kahkahkah.

1st . . . dlm sebulan ni, byk bnda dah ak lalui. mcm2 tu korg paham la sndri kan. tp byk y bg kesan bila ak dah terima akibatnya. well,dah terhantuk baru tengadah *tanya maksud tengadah,aku terajang. tapi,ini lah manusia, inilah aku, tak semua perkara aku sempurna. aku insan biasa. aku bukan dapat melihat terus ke dalam hati manusia lain. itu khurafat kalau ada yg percaya, baik g taubat.

2nd. . . ada jugak perkara y kdg ak rasa mcm ak perlu ubah ,buang,kurangkan, tinggalkan. perlu ke korbankan sesuatu utk sesuatu yg lain. jika ia baik utk kita,mungkin boleh. *org hisap rokok terasa x??pegi mati,ak tak hisap rokok. then,ak perasan,ak mudah terasa sejak kebelakangan ini,walupn ak dpt tangkap *bukan sbb dia mencuri, ak dpt tangkap yg manusia tu tak maksudkan pn.

3rd. . .  ak keliru dgn diri aku dan ape y terjadi.

4th . . . aku bkn jenis ape yang kau fikir itu. tp ak terima jika itu kata mu.

5th . . . ak tau,tulisan aku teruk,bkn level2 pro, tp ak xtau kt mana nk salurkan perasaan aku. tu je.


well...ape pn,welkam ke blogspot kepada diri aku. dan aku akan sambung novel bersiri tu eh..orait..chaww....

Wednesday, October 10, 2012

- a month rest -

hah..dalam setahun mesti ada melangkau sebulan tak dok sini.

benda alah ni pn nk rehat gak. saje aku bg pelepasan sebulan bg benda alah ni balik kg cuti tgok mak ayah..kih3.

lgpn ak agak bz ckit. byk cerita bertangguh.

insyaAllah akan ada dalam mggu dpn ni,update utk cerita baru. dan sambungan Gadis Misteri.

see u soon.. soon enough.. =)

Friday, August 24, 2012

- pagi itu -

FASA 4

"hah..tak suka betol dengan ISNIN ni." dengus aku ketika meyarung sepatu. Agak terlewat pagi itu gara-gara bangkit dari tempat beradu secara tidak konsisten. Dan itu juga yang membuatkan migrain aku kembali pada awal pagi ni. Terasa malas untuk mengambil painkiller risau satu kerja tidak dapat dilaksanakan kerna dok beradu di bilik persalinan atau stor simpanan. "alamak...minyak lak nk kena isi. kang ada yang tak kerja harini kang" bebel aku sendirian. Ku sorong kapcaiku ke luar kaki lima apartment sederhana mewah ini, baru ku picit suis yang menjana enjin kapcaiku itu. Hormat pada jiran tetangga yang tidak kerja awal pagi seperti aku ni , risau mereka marah dengan deruman kapcaiku yang bingit pada pagi indah mereka. sungguh cemburu dengan mereka!! Setelah beberapa saat kemudian,aku pun mula berlalu pergi. Tempat pertama ku tuju ialah stesen minyak. Perlahan aku pulas "throttle" itu, orang kata jika perlahan kelajuan motor,minyak tidak cepat kering, entah ye atau tidak kisah itu. Pada aku,kalau tak dan sampai, sorong je lah jawabnya. Dan akhirnya dengan kelajuan seperti kura-kura uzur,aku pun tiba.
        "kak,pam 5 , 4ringgit ye" ujar aku sambil menghulur not lima ringgit. Akak Cashier memulangkan duit baki dengan senyuman dan sehelai not seringgit. Aku membalas dengan senyuman tawar. tak kesah la tawar ke manis ke masin ke,janji senyum. Senyum itu sedekah. Dan ketika aku kembali ke kapcaiku itu lah perasaan itu hadir. Berdebar-debar. Tak semena-mena peluh cuba merangkak di dahiku. "Ya Allah,apakah ini? Takkanlah "dia" ada disini.? "bisik hatiku. Pantas aku menoleh kiri dan kanan, keseberang jalan dan kesemua pam. "takde....dah tu ni apsal rasa ni...ishh" resah hatiku berkata. Tiba-tiba, berlalu lah mobil yang biasa ku lihat di hadapan rumah ku itu di jalan merentangi stesen minyak itu. Ya, mobil itu dan isinya adalah si "gadis misteri". Tak berkelip mataku memandang,kurasa keadaan seperti bergerak dengan perlahan ala-ala dalam filem Matrix tu. Mobil itu berhenti di kedai serbaneka seberang jalan bertentangan dengan stesen minyak itu. Tanpa berlengah aku mengisi minyak ke perot kapcaiku. Ligat pergerakanku sambil mataku memehatikan mobil itu,kurasa seperti berada di Pit Stop dalam perlumbaan F1 sudah. Siap semua,aku bingkas memacu kapcaiku ke arah kedai serbaneka itu.
       "ah...banyak lak kete time ak nk lintas ni."dengus aku. Dan dalam masa itu juga aku perhatikan si gadis sudah keluar,barangkali sudah selesai urusan di kedai itu,lalu memasuki mobilnya. "laa...tunggu la jap!!" rasa seperti ingin ku jerit kepadanya. tapi tidak sepatah mampu ku bersuara. Mobilnya sudah keluar dari petak parkir tetapi aku masih belom dapat melintas dek kenderaan berlumba-lumba di jalan lurus ini. Dan peluang keemasan ku untuk berkenalan dengan si gadis pagi itu hampir berlalu. hampir.. dan dalam beberapa saat, peluang itu pun pergi bak layang-layang putus tali. aku hampa memerhatikan mobil yang sudah bergerak jauh itu. kecewa bukan sahaja kerana terlepas peluang itu tetapi kecewa dengan sikap tidak bertolak ansur manusia. "huh...nantilah aku pasang trafic light kt sini...kau tunggu...sume tak bg ak lintas ye.." aku berdendam dengan pengguna jalan itu walaupun aku tahu aku memang tiada kuasa untuk meletakkan traffic light itu.
        dan pagi itu, migrain aku ditambah dengan sedikit kecewa membuatkan selera untuk bersarapan sudah hilang. seperti hilang peluangnya tadi. "hmm.....takpe. mungkin esok ada can lagi" pujuk hatiku. Yelah,mungkin ini sudah takdirnya, bukan masanya lagi untuk berkenalan dengan gadis itu,mungkin kemudian hari, mungkin ini hanya "sneek peek" orang kata. aku bangun menyusun langkah ke kafe,dengan harapan, aku akan dapat minum milo ais dan berkenalan dengan gadis itu suatu hari nanti.



**to be continued
        

Friday, August 17, 2012

- next step -

FASA 3

     "Ape kata kali ni aku tunggu pula dia"fikirku sejenak ketika turun dari kapcaiku. Mungkin jka aku tunggu,aku lebih bersedia untuk menegurnya. Segera aku mempersiapkan diri. Mandi seperti ribut, syampu ku tala ke badan,sabun kutala ke kepala. Ah..payah orang jatuh cinta ni,semua tak keruan. Pada matanya yang tak keruan itu lah yang betol. Kusembur sedikit Ralph Lauren Cologne ke pakaianku, mana tau dapat bertemu gadis misteri,si gadis akan teringat pada aku bila tercium wangian ini. Sambil mencapai kunci dan dompetku, kepala ku ligat memikirkan ayat apa untuk ku ucapkan pada si gadis misteri. Antara yang terlintas ialah seperti "hye,duduk sini ke?" tp risau dibalas "taklah,duduk di kerusi" dan lagi satu "hye,saya selalu nampak awak kt sini la", risau dia balas "ya Allah,ada stalker,saya nak report polis!!!". Terkedu juga aku membayangkan hujung cerita pertemuan pertama itu nanti. Tapi, segalanya aku tepis dengan pemikiran positifku, pada aku tak kesah macam mana perngakhirannya,janji permulaannya sudah kulakukan. 
    Terpacak aku sudah di balkoni yang menjadi laluan si gadis misteri,tapi seakan hampa. Kaki dah mula lenguh dan badan sudah tidak berbau Ralph Lauren,banyak seperti bau Raja Kumaren. "adoi...bila tunggu, takde lak"getus aku didalam hati. Hari ini aku hampa,si gadis tidak muncul. Aku mengatur langkah kembali ke dalam rumah. Bayang mobilnya juga tidak kelihatan di ruang parkir yang kebiasaan si gadis ada. "mungkin wat OT kt tmpt kerja kot"pujuk hatiku menenangkan perasaan. "takpe, aku ada lagi 6 hari dalam seminggu ni, aku ada lagi 364 hari lagi dalam setahun ni,mana mungkin aku akan terlepas untuk bersua dengan dia walau sekali" aku membuat perancangan. Dan pada aku,mungkin cinta juga begini, ketika ditunggu dan di cari ia tidak ditemui, tetapi bila tidak dijangka,ia tiba. Jodoh kita telah ditetapkan, cuma bila,siapa dan di mana itu yang menjadi rahsia.





**akan bersambung

Thursday, August 16, 2012

- mimpi ke realiti -

 FASA 1

tenang suasana petang ni. aku mengintai di luar tingkap melihat awan berarak ke timur. panas tak redup pun tak. tapi cukup menenangkan. dan tatkala itu juga,mata ku menangkap sesusuk tubuh di luar jendela. tubuhnya meliuk keluar dari mobilnya. "hmm..cantiknya" getus aku di dalam hati. dan seolah-olah si gadis mendengar hatiku menegurnya,lantas dia memandangku dan menguntumkan secebis senyuman. "ahh...ni aku lemah ni"bicaraku tanpa membuka bibir. ku balas senyumannya yang manis itu dengan senyuman jantanku. tangan ku lambai sebagai bonus. mana tahu dia pulangkan semula. tapi sayang,dia berlalu selepas mengambil tas tangannya di dalam mobil itu. dan berlalu juga cinta misteriku. tidak kutahu nama,tidak kutahu mana asalnya, tapi hati seolah sudah terpikat lama. "ah...persetankan,itu permainan perasaan" marahku kepada hatiku sendiri.

FASA 2

seronok melayan perasaan petang begini. kadang terasa seperti sudah berumah tangga. kopi bancuhan sendiri dan biskut gula peneman sejati. sambil melayan peti bergambar bersuara yang memaparkan kisah dunia. aku tenang begini. tiba-tiba,hatiku berdebar,ingatan pada gadis misteri tiba-tiba muncul. bingkas aku bangun dan melihat ke luar jendela. "ya Allah.."hatiku mengucap kalimat suci itu. si gadis ada di luar. sama seperti kelmarin. dan ya, senyuman ikhlas itu juga diberikan kepadaku. aku terpana melirik perjalanannya dari mobil sehingga hilang dari pandangan. apa yang menggerakkan aku untuk bangun dan memerhatikan luar jendela? inikah cinta? dan ketika aku kembali ke posisi asalku, fikiranku masih buntu,dan jantungku yang tadi seperti berlari,kembali berjalan. apakah itu?? Ya Allah,jika dia jodohku,Kau dekatkanlah dia denganku. Amin.....



bersambung...