hai...
lama tak kemari..
dinding dah usang..
bumbung dah bocor...
siling bersawang...
rumah tak bernombor.
hai...
lama tak jumpa...
rasa rindu pula...
apa khabar di sana...
harap sihat sentiasa...
hai...
saya dah bekeluarga...
hidup sihat sentiasa...
bersama teman tercinta...
dan juga saudara mara...
hai...
lama tak lepak sama...
tengok bintang dan bulan...
lama tak meneroka alam buana...
mencari arah dan jalan...
hai...
sampai sini sahaja..
ada kerja nak buat...
lepas ni harap boleh bersua...
harap semuanya baik dan sihat...
mfh-1782015
i , aku dan myself...
suka duka panas hujan hidupku
Monday, August 17, 2015
Friday, November 8, 2013
- satu -
"pppppooooooonnnnn!!!" kasar bunyi hon lori yang lalu di hadapan Am. Bukan kepalang terkejutnya, hampir terduduk ketika dia mengundur untuk mengelak walaupun jarak antara dirinya dengan lori itu kira-kira 7meter. "Apa laa.. macam ko sorang ada lori, bapak aku pun ada la!" rungut Am sambil mengintai ke arah jalan memerhatikan bas yang entah bila akan tiba. Penat dia menunggu. Dari matahari condong sehingga matahari tegak di atas ubun-ubunnya. dan ketika itulah dia terpandang seorang gadis yang cuba melintas jalan di seberang sana. Penuh tangan kanan dan kirinya menjinjit beg plastik. "Huii..pompuan kalau shopping, tak ingat dunia " bisik Am sendirian. "Dah la macam penguin terkedek-kedek jinjit beg plastik tu..hehehe " gelak Am di dalam hati.
Tanpa di duga, sebuah motosikal menuju laju berhampiran gadis itu dan berlakulah sebuah kejadian yang akan merubah hidup jejaka dan gadis ini. Am lah orang pertama yang sampai ketika gadis itu cuba bangun sambil mengutip beg-beg plastiknya yang jatuh bertaburan. Am membantu mengutip barang-barang yang bertaburan di bahu jalan itu dan dimasukkan semula ke dalam beg plastiknya. sesekali Am cuba menjeling wajah gadis itu, sugul dan berkaca matanya, menahan malu mungkin kerana jatuh di khalayak ramai. Ah..datang pula rasa bersalah mengejek gadis itu seperti penguin walaupun hanya dalam hati.
"Saya bantu awak bawak barang ni dan lintas ye?" Am bersuara memujuk. Perlahan gadis itu mengangguk. Lalu mereka bangun dan melintasi laluan yang sentiasa sibuk itu. "rumah awak kat mana? okey tak ni? nak saya tolong bawakkan sampai ke rumah? banyak ni. " tanya Am sopan kepada gadis itu. "takpelah encik, terima kasih sebab tolong kutipkan barang dan lintas jalan, saya tak mahu menyusahkan encik" balas gadis itu lembut. "eh..takpee,tak susah pun, alang-alang saya dah tolong bawak ni, leh je saya antakan sekali, ke ada parking kereta ke dekat-dekat sini ke, saya antar ke kereta pun jadilah, kesian awak tadi macam susah je nak bawak" ujar Am cuba mendapatkan keyakinan dari gadis itu. "tak naik kereta pun, rumah kat blok belakang ni je " gadis itu memuncungkan bibir menunjuk ke arah beberapa blok rumah apartment 5 tingkat di belakang mereka. Hampir tergelak Am melihat perlakuan gadis itu, seraya teringat adik bongsunya yang juga suka memuncungkan bibir jika hendak menunjuk ke arah sesuatu. tetapi ia dapat ditahan kerana ingin menjaga hati gadis yang baru sahaja dikenalinya itu.
"kalau macam tu, meh saya antarkan ye. takut-takut ada lagi motor macam tadi ke, takpun peragut ke, lagi bahaya, sekarang peragut suka ragut orang comel-comel nih " tambah Am sambil berseloroh. Ada sedikit senyuman terukir diwajah ayu gadis itu,mungkin jenaka berunsur pujian Am itu menyentuh hatinya. "yelah, harap saya tak menyusahkan encik ye? " kata gadis itu mempersetujui cadangan Am. "ehh..takdelah.. saya takde g mana pun ni, free je " sambung Am sambil mendengar deruan enjin bas berlalu pergi tatkala mereka berdua menyusun langkah menuju ke deretan-deretan blok apartment kos sederhana itu.
"by the way, nama saya Amsyar, boleh panggil saya Am je" ujar Am memperkenalkan diri. "Nama awak siapa? " tanya Am kepada gadis itu. "nama saya Raudhah " kata gadis itu. sambil mereka berjalan menuju ke rumah gadis itu, mereka bertukar-tukar informasi dan cerita. jauh menuju ke rumah gadis itu seperti jauhnya perjalanan kehidupan yang akan mereka tempuh ini.
- TBC -

Thursday, March 14, 2013
- mobile kes jam 2pagi -
jam baru menunjukkan angka 2:30am. aku baru je nak lelap mata ni tibe2 memekik dah telefon ni. 0361265400. aiseh...wad lak call ni. "hello..encik firdaus ke? encik oncall kan arini. ade satu kes la ni doktor request. urgent." suara lembut di hujung talian berbunyi. "ye...ye...baik...saya datang sebentar lg saya call ye."balas aku. lantas aku tekan butang off dan segera memakai seluar tracksuit dan tshirt. aku mencapai sweater kegemaran aku dan terus aku menuju ke kenderaan.
menderu kereta ku menuju ke kampus. masa aku keluar dari rumah, hati aku ni resah semacam je. mungkin sbb aku beru nk tido td kot. takpe,aku abaikan je. masa tiba kt simpang nk masuk ke jalan besar, tibe2 aku terlihat kelibat budak melintas, terkejut aku sambil menekan brek sepenuh hati. aku tengok cermin belakang, nasib takde kereta atau lori,kalau tak aku kena sapu td. aku mencari kelibat budak tadi. tiada!! laju benor dia lari. balik dari CC la tu..hehh..
masuk di perkarangan kampus, aku menegur pegawai keselamatan yg bertugas di pagar besar tu. dia cuma melihat aku sambil mimik mukanya yang suram. masing2 mengantuk ni aku rasa. maklumlah dah pukul berapa ni. terus aku parkir kereta dan bergerak ke department untuk mengambil mesin mobile dan kaset.
setelah aku warmup mesin dan mesin reader telah ak on, aku bergerak ke wad yg berada di tingkat 3. sunyi je kampus waktu2 gini. time2 ni lah ak teringat cerita2 org wad tu. budak lah,guard takde muka lah,kuar lif kt tmpt lain lah. adui...dah la aku kena naik lif..part ni ak memikior je ni..aduss... aku cuba menenangkn hati dengan membaca ayatul Kursi. aku tekan butang lif untuk naik. Ping!! pintu lif pun terbuka.
sedang ak nk masuk tibe2 bahu ku di cuit sesuatu. seperti angin lalu. segera aku menoleh. tiada ape pun di belakang ku. kot lah cicak ke kelkatu ke kn. aku tolak mesin yg berat tu ke dalam lif dan aku berdiri di sudut belakang lif itu. baru je lif nk tutup,pintunya di tahan. kejap...kejap...nak naik gak. ada seorang budak menahan lif tu. ak pun tekan butang buka. pintu pn terbuka lalu budak itu masuk berdiri di sebelah aku. terima kasih bang..kata budak tu. aku angguk je. aku tanya dia nk kemana, dia kata nk ke tingkat 4,tengok nenek. oh..relative pesakit rupanya. katanya dia ke luar membeli air sebab kehausan. aku sedikit pelik, mana ada jual air time2 gini dalam kampus ni. tapi ak teringat di belakang ade kafe baru bukak. 24 jam kot..pikir aku.
tiba aku di tingkat 3,aku keluar. menolak mesin yg berat tu. budak tu masih di dalam lif melihat aku sambil tersengih. aku pun masuk ke wad untuk menyelesaikan kes aku tu.
selesai kes tu dan siap aku merekod segala perkara,aku pun berkemas untuk balik, tiba2 aku terdengar bunyi pintu diketuk. terkejut hampir melompat aku. aku tak endahkan,aku terus mengunci pintu dan bergerak ke lobi. tiba2 aku teringat budak tadi. mungkin aku leh g tgok dia jap kot. aku pn pergi ke lif untuk ke tingkat 4. tiba di wad tingkat 4,aku bertanya ke jururawat sama ada masih ade pesakit di dalam wad itu atau tidak kerana ak jumpa relative pesakit yg kesini tadi. mereka berpandangan pelik. mereka menjelaskan kepada aku bahawa pesakit terakhir sudah discharge ptg td. tiada pesakit admit malam ni.
terkedu aku mendengar penjelasan mereka. perlahan aku toleh ke luar ke arah lif. ah..sudah....kena main aku malam ni..ah..sudah...
cepat aku melangkah keluar dari wad dan menuruni anak tangga untuk ke lobi. taubat aku taknak naik lif time mcm ni. biarlah lapan belas tingkat pun. aku guna tangga sudah.
di dalam kereta sahaja aku berpeluh seperti balik bermain bola. segera aku hidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah. tiba di rumah sahaja aku terus mandi dan segera tidur. aku berharap aku tidak bermimpi kejadian tersebut.
esoknya,ketika aku baru tiba di kampus, seorang pegawai keselamatan memanggil aku. dia ingin memberitahu mengapa malam tadi dia tidak menegur aku ketika aku tiba di kampus. dia membuka laptopnya dan menunjuk satu klip video. dan di dalam video itu adalah aku ketika didalam lif malam tadi. kelihatan aku sperti berkata-kata dengan seseorang tetapi didalam video itu hanya aku ber seorangan. aku buntu. bukankah malam tadi aku dengan seorang budak naik ke tingkat 3. lalu pegawai itu memberitahu. ketika aku masuk di pintu pagar, dia melihat seorang budak berwajah pucat di tempat duduk belakang kereta aku. sebab itu dia tidak berani untuk menegur aku .
aku hanya mampu diam dan terduduk. aku bernasib baik ''budak'' tu hanya menumpang dan tidak melakukan perkara di luar fikiran aku. jikalau tidak...entah la... =(

fuhh...fuh...pejam...pejamm...aku tau dia ade kt situ lagi...fuhhh.... |
- 3 bulan kemudian -
FASA 5: ENDING
"ahhh...hmm" dalam aku menghirup udara pagi ni. lama tidak menghirup udara malaysia. ya..walaupun 3 bulan tetapi aku rindukan keadaan di Malaysia. suasana disini tidak sama seperti ketika aku di Ireland. hari-hari dengan jaket tebal dan kasut. ah..rindunya hendak membeli sarapan dengan hanya ber"boxer" dan singlet adidas.
aku bangkit,lantas aku menyarung selipar lusuhku. saja ak merajinkan diri berjalan di luar apartment sederhana mewah ini. tiada perubahan. malam tadi ketika aku sampai aku mengharapkan lah ia sudah bercat baru, bersuasana baru tetapi hampa. yang di takuk lama masih di takuk lama. bila kita nk maju jika perkara kecil begini tidak diambil berat.
terdetik aku untuk ke peti surat. entah ada tak surat2 baru . selama ni ak berpesan pada rakan rumahku untuk mengumpulkan surat2 aku. aku cuba mengintai ke dalam lubang peti itu. "eh..ade surat la."detik hatiku.
''adui .. kunci kt si mat lak. camner ni."bebel aku lagi. aku cuba mencapai dgn jari. "ah..!! dapat!!" aku tarik perlahan-lahan supaya tidak terlepas.
aku berjalan masuk ke ruang tamu sambil membelek2 surat itu. berdebar-debar aku melihat surat itu. berhati2 aku koyakkan sampul itu. aku keluaran isinya. dengan perlahan aku membacanya. ia bertarikh dua minggu selepas pemergianku ke Ireland. mataku melirik kiri ke kanan.
" salam,
kehadapan saudara yang selalu memerhatikan saya. ya,saya perasan akan itu. saudara memerhatikan saya ketika saya balik kerja,pergi kerja,di kedai dan di stesen minyak. kerap juga. harap2 saudara tidak mengalami sakit mata atau ketumbit sebab itu dikira mengintai.
saya memberi warkah ini sebagai tanda perkenalan. mungkin saudara juga ingin memberi salam perkenalan tapi acapkali tidak kesampaian. tidak begitu?
Saya Nur Firdaus binti Azlan, boleh panggil saya Nur. di mana saya tinggal dan asal saya mungkin kemudian saudara akan tahu. saya tak pasti sama ada kit boleh berkawan atau berjumpa selepas saudara menerima warkah ini. biarlah ia menjadi ketentuan-Nya.
mungkin serba sedikit saya sudah melenyapkan beberapa tanda tanya saudara. kerana saya juga ada beberapa tanda tanya sejak2 diperhatikan saudara.
jangan risau, saya tidak menganggap saudara berniat tidak baik, saya always think positif. hehe.
saudara berniat baik kan? harapnya begitu. hehe.
di sini saya ada juga sertakan satu lampiran yg mungkin boleh buat saudara untuk datang melihat saya lagi. dan situ juga saya sertakan alamat di mana saudara perlu hadir. harap saudara dapat hadir ye.
InsyaAllah, jika diizinkan, bolehlah kita jd kawan. =)
yang diperhati,
Nur Firdaus "
"haihhhh....kantoi lak aku skodeng2 dia." hatiku berbisik.
tiba-tiba jatuh sekeping kad dari celah surat itu. perlahan aku ambil. dan aku baca di muka depannya.
"waa..li...mah...per..per..kah..wi.nan...pu..tee..ri..ka..mii" gagap aku membaca tulisan jawi ini.
"lahh....nak kahwin dah rupanya. patut leh nk berkenalan. cehh..." bisik aku sendiri.
tapi sayang, tarikhnya dah lewat dua bulan. masa tu aku berada di Ireland. mesti dia anggap aku tak sudi nk datang tak pun kecewa sebab dia nk kahwin. skeptikal pemikiran kita. tapi aku dapat rasa dia lagi baik dari itu. aku harap dia berbahagia dgn kehidupan barunya.
aku merenung keluar,ke arah ruang yang selalu keretanya berada. kini petak itu kosong. seperti kosongnya hati aku. tak mengapalah. bak seperti lagu A.Rahman Hassan. hidup perlu diteruskan. inilah salah satu corat coret warna hidup aku. hidup tanpa liku bagai jalan tanpa kedai makan di kiri kanan, nnt bosan. cewah..kedai makan aku umpamakan.
"pikir pasal makan, perut aku lapar,baik ak g makan"bisik perutku,bukan hatiku. dan begitulah kesudahan peristiwa gadis misteri ini.
- sekian -
-superb comeback-
ehem..
ini comeback lg power dari aleen. aleen tu dok nk citer berat dia naik 5 kilo lah,seluar berubah2 lah,kejap kecik,kejap bulat,kejap longjong*longjong???mcm mahjong?? .
adei...ish..
nk kabor mende pn ape je. rasa nk menulis ni kdg2 mcm hujan dan awan mendung, dari jauh dah nmpak gelap kelam mendung tu, tp sbnrnya xhujan pun kt tmpt kita tu. kt tmpt len mungkin la.
hujan ye..
tempat mana tak ditimpa hujan. nk kabor dok dalam rumah, rumah tu xkena hujan? haha
ya..well.. pakai baju hujan, dok bawah jejantas, dok bawah jembatan.*again JEMBATAN???
hehe. . .
do not deny things that you can't.
macam nk tanam pokok ubi la. . .
org kabor , nk tanam tu, cucuk terbalik. nnt senang. ubi dia siap2 tumbuh kt luar. hahaha. memang tak ar kan.
hilang mutu gaya dan keunggulan bila lama tak kemari.
ah..aku tau sgt korg pikir ape bila aku kesini. takyah pikior gitu.
suke la ak nk dtg ke tak. aku bukan maria elena yg nk kena tunjuk hari2 aku pakai tudung mcm mana pn.
aku ni pe ke bende je yg org nk tgok.
kalau kabor ke org aku keje mende pn org tak tahu.
siap tanya ade ke keje cam aku tu.... =_="
raito....
tak mau panjang2..
bila2 malam nnt aku up cerita hantu haa..
p/s : dari Pakar Diari Hati - “Bila seseorang sudah BERUBAH kearah KEBAIKAN, Jangan di UNGKIT kisah silamnya.. Kita tidak pernah tahu betapa SUSAHNYA dia cuba MELUPAKAN kisah silamnya itu.”
ini comeback lg power dari aleen. aleen tu dok nk citer berat dia naik 5 kilo lah,seluar berubah2 lah,kejap kecik,kejap bulat,kejap longjong
adei...ish..
nk kabor mende pn ape je. rasa nk menulis ni kdg2 mcm hujan dan awan mendung, dari jauh dah nmpak gelap kelam mendung tu, tp sbnrnya xhujan pun kt tmpt kita tu. kt tmpt len mungkin la.
hujan ye..
tempat mana tak ditimpa hujan. nk kabor dok dalam rumah, rumah tu xkena hujan? haha
ya..well.. pakai baju hujan, dok bawah jejantas, dok bawah jembatan.
hehe. . .
do not deny things that you can't.
macam nk tanam pokok ubi la. . .
org kabor , nk tanam tu, cucuk terbalik. nnt senang. ubi dia siap2 tumbuh kt luar. hahaha. memang tak ar kan.
hilang mutu gaya dan keunggulan bila lama tak kemari.
ah..aku tau sgt korg pikir ape bila aku kesini. takyah pikior gitu.
suke la ak nk dtg ke tak. aku bukan maria elena yg nk kena tunjuk hari2 aku pakai tudung mcm mana pn.
aku ni pe ke bende je yg org nk tgok.
kalau kabor ke org aku keje mende pn org tak tahu.
siap tanya ade ke keje cam aku tu.... =_="
raito....
tak mau panjang2..
bila2 malam nnt aku up cerita hantu haa..
p/s : dari Pakar Diari Hati - “Bila seseorang sudah BERUBAH kearah KEBAIKAN, Jangan di UNGKIT kisah silamnya.. Kita tidak pernah tahu betapa SUSAHNYA dia cuba MELUPAKAN kisah silamnya itu.”
Wednesday, December 26, 2012
- wasiat x brape akhir -
salam semua,
oleh kerana saya telah bercadang untukmenaiki menumpang kapal terbang bersama Uncle Gedek di dalam post beliau, semalam ( lihat post beliau ) , beliau telah menasihati saya di twitter untuk membuat wasiat. kakakaka... *uncle ni kadang2 buat aku seriau* kakaka
oleh itu *sambil betuikan beg ada payung terjun * saya telah menulis wasiat yang tak berapa nk akhir ni.
saya sudah poskan di setiap peti surat di apartment saya wasiat ini..kakakaka.. *harap2 takde org Apartment Permai g check peti pos*
harap2 uncle dapat landing elok2 sbb dlm beg tu bkn payung terjun tp beg baju aku....
oleh kerana saya telah bercadang untuk
oleh itu *sambil betuikan beg ada payung terjun * saya telah menulis wasiat yang tak berapa nk akhir ni.
saya sudah poskan di setiap peti surat di apartment saya wasiat ini..kakakaka.. *harap2 takde org Apartment Permai g check peti pos*
ni wasiat ke pesanan ringkas??? blurr kejap aku..kakakaka |
harap2 uncle dapat landing elok2 sbb dlm beg tu bkn payung terjun tp beg baju aku....
Monday, November 26, 2012
- daerah aku dan kau -
daerah kau :
- langitnya sentiasa biru berawan seputih kapas, kadangkala diserikan dengan pelangi
- tanahnya menghijau berbukit bukau, di pinggir pantai sentiasa ombak menghempas tika matahari terbenam
- malam nya penuh dengan bintang dan bulan menjadi tema nya, bunyi cengkerik menjadi lagu malam2
- pagi menjelma dengan matahari yang memancar, kicau burung yang merdu menjadi halwa telinga
daerah aku :
- langit mendung, hujan ditemani awan gelap, sering sahaja halilintar dan petir hadir membelah kesyahduan
- tanah keras berbatu berdebu, yang mana becak pula tika hentinya sang hujan mengotori kaki sesiapa sahaja
- malam yang sejuk,dingin gelap tanpa bulan bintang, hanya burung hantu memainkan bunyi2 seramnya
- cahaya pagi kelam dek kabus, seperti segan sang mentari memberi cahayanya
beza daerah aku dan daerah kau amat banyak, mana mungkin kau biasa dgn daerahku ini, tapi aku, sentiasa mengharapkan seperti daerah kau, tak banyak,sedikit pun jadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)