Thursday, August 16, 2012

- mimpi ke realiti -

 FASA 1

tenang suasana petang ni. aku mengintai di luar tingkap melihat awan berarak ke timur. panas tak redup pun tak. tapi cukup menenangkan. dan tatkala itu juga,mata ku menangkap sesusuk tubuh di luar jendela. tubuhnya meliuk keluar dari mobilnya. "hmm..cantiknya" getus aku di dalam hati. dan seolah-olah si gadis mendengar hatiku menegurnya,lantas dia memandangku dan menguntumkan secebis senyuman. "ahh...ni aku lemah ni"bicaraku tanpa membuka bibir. ku balas senyumannya yang manis itu dengan senyuman jantanku. tangan ku lambai sebagai bonus. mana tahu dia pulangkan semula. tapi sayang,dia berlalu selepas mengambil tas tangannya di dalam mobil itu. dan berlalu juga cinta misteriku. tidak kutahu nama,tidak kutahu mana asalnya, tapi hati seolah sudah terpikat lama. "ah...persetankan,itu permainan perasaan" marahku kepada hatiku sendiri.

FASA 2

seronok melayan perasaan petang begini. kadang terasa seperti sudah berumah tangga. kopi bancuhan sendiri dan biskut gula peneman sejati. sambil melayan peti bergambar bersuara yang memaparkan kisah dunia. aku tenang begini. tiba-tiba,hatiku berdebar,ingatan pada gadis misteri tiba-tiba muncul. bingkas aku bangun dan melihat ke luar jendela. "ya Allah.."hatiku mengucap kalimat suci itu. si gadis ada di luar. sama seperti kelmarin. dan ya, senyuman ikhlas itu juga diberikan kepadaku. aku terpana melirik perjalanannya dari mobil sehingga hilang dari pandangan. apa yang menggerakkan aku untuk bangun dan memerhatikan luar jendela? inikah cinta? dan ketika aku kembali ke posisi asalku, fikiranku masih buntu,dan jantungku yang tadi seperti berlari,kembali berjalan. apakah itu?? Ya Allah,jika dia jodohku,Kau dekatkanlah dia denganku. Amin.....



bersambung...

4 comments:

budoxe said...

daus seriusly hebat cara penulisan kau, xde plan ke nk buat novel, novel grafik ke, aku nk lukis cartonnya. seyes

Muhammad Firdaus Hamsani said...

haha..nantilah lee.. ada gak terfikir. nnt ak combined2 sumer citer dalam blog aku ni wat satu cerita.haha

budoxe said...

usaha tangga kejayaan

budoxe said...

sambung skali dgn cite mistik tu