Friday, August 24, 2012

- pagi itu -

FASA 4

"hah..tak suka betol dengan ISNIN ni." dengus aku ketika meyarung sepatu. Agak terlewat pagi itu gara-gara bangkit dari tempat beradu secara tidak konsisten. Dan itu juga yang membuatkan migrain aku kembali pada awal pagi ni. Terasa malas untuk mengambil painkiller risau satu kerja tidak dapat dilaksanakan kerna dok beradu di bilik persalinan atau stor simpanan. "alamak...minyak lak nk kena isi. kang ada yang tak kerja harini kang" bebel aku sendirian. Ku sorong kapcaiku ke luar kaki lima apartment sederhana mewah ini, baru ku picit suis yang menjana enjin kapcaiku itu. Hormat pada jiran tetangga yang tidak kerja awal pagi seperti aku ni , risau mereka marah dengan deruman kapcaiku yang bingit pada pagi indah mereka. sungguh cemburu dengan mereka!! Setelah beberapa saat kemudian,aku pun mula berlalu pergi. Tempat pertama ku tuju ialah stesen minyak. Perlahan aku pulas "throttle" itu, orang kata jika perlahan kelajuan motor,minyak tidak cepat kering, entah ye atau tidak kisah itu. Pada aku,kalau tak dan sampai, sorong je lah jawabnya. Dan akhirnya dengan kelajuan seperti kura-kura uzur,aku pun tiba.
        "kak,pam 5 , 4ringgit ye" ujar aku sambil menghulur not lima ringgit. Akak Cashier memulangkan duit baki dengan senyuman dan sehelai not seringgit. Aku membalas dengan senyuman tawar. tak kesah la tawar ke manis ke masin ke,janji senyum. Senyum itu sedekah. Dan ketika aku kembali ke kapcaiku itu lah perasaan itu hadir. Berdebar-debar. Tak semena-mena peluh cuba merangkak di dahiku. "Ya Allah,apakah ini? Takkanlah "dia" ada disini.? "bisik hatiku. Pantas aku menoleh kiri dan kanan, keseberang jalan dan kesemua pam. "takde....dah tu ni apsal rasa ni...ishh" resah hatiku berkata. Tiba-tiba, berlalu lah mobil yang biasa ku lihat di hadapan rumah ku itu di jalan merentangi stesen minyak itu. Ya, mobil itu dan isinya adalah si "gadis misteri". Tak berkelip mataku memandang,kurasa keadaan seperti bergerak dengan perlahan ala-ala dalam filem Matrix tu. Mobil itu berhenti di kedai serbaneka seberang jalan bertentangan dengan stesen minyak itu. Tanpa berlengah aku mengisi minyak ke perot kapcaiku. Ligat pergerakanku sambil mataku memehatikan mobil itu,kurasa seperti berada di Pit Stop dalam perlumbaan F1 sudah. Siap semua,aku bingkas memacu kapcaiku ke arah kedai serbaneka itu.
       "ah...banyak lak kete time ak nk lintas ni."dengus aku. Dan dalam masa itu juga aku perhatikan si gadis sudah keluar,barangkali sudah selesai urusan di kedai itu,lalu memasuki mobilnya. "laa...tunggu la jap!!" rasa seperti ingin ku jerit kepadanya. tapi tidak sepatah mampu ku bersuara. Mobilnya sudah keluar dari petak parkir tetapi aku masih belom dapat melintas dek kenderaan berlumba-lumba di jalan lurus ini. Dan peluang keemasan ku untuk berkenalan dengan si gadis pagi itu hampir berlalu. hampir.. dan dalam beberapa saat, peluang itu pun pergi bak layang-layang putus tali. aku hampa memerhatikan mobil yang sudah bergerak jauh itu. kecewa bukan sahaja kerana terlepas peluang itu tetapi kecewa dengan sikap tidak bertolak ansur manusia. "huh...nantilah aku pasang trafic light kt sini...kau tunggu...sume tak bg ak lintas ye.." aku berdendam dengan pengguna jalan itu walaupun aku tahu aku memang tiada kuasa untuk meletakkan traffic light itu.
        dan pagi itu, migrain aku ditambah dengan sedikit kecewa membuatkan selera untuk bersarapan sudah hilang. seperti hilang peluangnya tadi. "hmm.....takpe. mungkin esok ada can lagi" pujuk hatiku. Yelah,mungkin ini sudah takdirnya, bukan masanya lagi untuk berkenalan dengan gadis itu,mungkin kemudian hari, mungkin ini hanya "sneek peek" orang kata. aku bangun menyusun langkah ke kafe,dengan harapan, aku akan dapat minum milo ais dan berkenalan dengan gadis itu suatu hari nanti.



**to be continued
        

2 comments:

Unknown said...

sila beza dengan jayanya kali ni. between gadis sebenar. dengan iblis.

Muhammad Firdaus Hamsani said...

shh..iblis2 jangan sebut kak. nnt datang mona fendi cekik akak, akak nk???