There was an error in this gadget

Friday, August 17, 2012

- next step -

FASA 3

     "Ape kata kali ni aku tunggu pula dia"fikirku sejenak ketika turun dari kapcaiku. Mungkin jka aku tunggu,aku lebih bersedia untuk menegurnya. Segera aku mempersiapkan diri. Mandi seperti ribut, syampu ku tala ke badan,sabun kutala ke kepala. Ah..payah orang jatuh cinta ni,semua tak keruan. Pada matanya yang tak keruan itu lah yang betol. Kusembur sedikit Ralph Lauren Cologne ke pakaianku, mana tau dapat bertemu gadis misteri,si gadis akan teringat pada aku bila tercium wangian ini. Sambil mencapai kunci dan dompetku, kepala ku ligat memikirkan ayat apa untuk ku ucapkan pada si gadis misteri. Antara yang terlintas ialah seperti "hye,duduk sini ke?" tp risau dibalas "taklah,duduk di kerusi" dan lagi satu "hye,saya selalu nampak awak kt sini la", risau dia balas "ya Allah,ada stalker,saya nak report polis!!!". Terkedu juga aku membayangkan hujung cerita pertemuan pertama itu nanti. Tapi, segalanya aku tepis dengan pemikiran positifku, pada aku tak kesah macam mana perngakhirannya,janji permulaannya sudah kulakukan. 
    Terpacak aku sudah di balkoni yang menjadi laluan si gadis misteri,tapi seakan hampa. Kaki dah mula lenguh dan badan sudah tidak berbau Ralph Lauren,banyak seperti bau Raja Kumaren. "adoi...bila tunggu, takde lak"getus aku didalam hati. Hari ini aku hampa,si gadis tidak muncul. Aku mengatur langkah kembali ke dalam rumah. Bayang mobilnya juga tidak kelihatan di ruang parkir yang kebiasaan si gadis ada. "mungkin wat OT kt tmpt kerja kot"pujuk hatiku menenangkan perasaan. "takpe, aku ada lagi 6 hari dalam seminggu ni, aku ada lagi 364 hari lagi dalam setahun ni,mana mungkin aku akan terlepas untuk bersua dengan dia walau sekali" aku membuat perancangan. Dan pada aku,mungkin cinta juga begini, ketika ditunggu dan di cari ia tidak ditemui, tetapi bila tidak dijangka,ia tiba. Jodoh kita telah ditetapkan, cuma bila,siapa dan di mana itu yang menjadi rahsia.





**akan bersambung

2 comments:

budoxesquire said...

sambung daus, aku nk ikot cite ni bes wo. buat novel please. aku nk beli

Muhammad Firdaus Hamsani said...

haha...aku cuba aku cuba...