There was an error in this gadget

Friday, November 8, 2013

- satu -

                      "pppppooooooonnnnn!!!" kasar bunyi hon lori yang lalu di hadapan Am. Bukan kepalang terkejutnya, hampir terduduk ketika dia mengundur untuk mengelak walaupun jarak antara dirinya dengan lori itu kira-kira 7meter. "Apa laa.. macam ko sorang ada lori, bapak aku pun ada la!" rungut Am sambil mengintai ke arah jalan memerhatikan bas yang entah bila akan tiba. Penat dia menunggu. Dari matahari condong sehingga matahari tegak di atas ubun-ubunnya. dan ketika itulah dia terpandang seorang gadis yang cuba melintas jalan di seberang sana. Penuh tangan kanan dan kirinya menjinjit beg plastik. "Huii..pompuan kalau shopping, tak ingat dunia " bisik Am sendirian. "Dah la macam penguin terkedek-kedek jinjit beg plastik tu..hehehe " gelak Am di dalam hati.
                      Tanpa di duga, sebuah motosikal menuju laju berhampiran gadis itu dan berlakulah sebuah kejadian yang akan merubah hidup jejaka dan gadis ini. Am lah orang pertama yang sampai ketika gadis itu cuba bangun sambil mengutip beg-beg plastiknya yang jatuh bertaburan. Am membantu mengutip barang-barang yang bertaburan di bahu jalan itu dan dimasukkan semula ke dalam beg plastiknya. sesekali Am cuba menjeling wajah gadis itu, sugul dan berkaca matanya, menahan malu mungkin kerana jatuh di khalayak ramai. Ah..datang pula rasa bersalah mengejek gadis itu seperti penguin walaupun hanya dalam hati.
                    "Saya bantu awak bawak barang ni dan lintas ye?" Am bersuara memujuk. Perlahan gadis itu mengangguk. Lalu mereka bangun dan melintasi laluan yang sentiasa sibuk itu. "rumah awak kat mana? okey tak ni? nak saya tolong bawakkan sampai ke rumah? banyak ni. " tanya Am sopan kepada gadis itu. "takpelah encik, terima kasih sebab tolong kutipkan barang dan lintas jalan, saya tak mahu menyusahkan encik" balas gadis itu lembut. "eh..takpee,tak susah pun, alang-alang saya dah tolong bawak ni, leh je saya antakan sekali, ke ada parking kereta ke dekat-dekat sini ke, saya antar ke kereta pun jadilah, kesian awak tadi macam susah je nak bawak" ujar Am cuba mendapatkan keyakinan dari gadis itu. "tak naik kereta pun, rumah kat blok belakang ni je " gadis itu memuncungkan bibir menunjuk ke arah beberapa blok rumah apartment 5 tingkat di belakang mereka. Hampir tergelak Am melihat perlakuan gadis itu, seraya teringat adik bongsunya yang juga suka memuncungkan bibir jika hendak menunjuk ke arah sesuatu. tetapi ia dapat ditahan kerana ingin menjaga hati gadis yang baru sahaja dikenalinya itu.
                   "kalau macam tu, meh saya antarkan ye. takut-takut ada lagi motor macam tadi ke, takpun peragut ke, lagi bahaya, sekarang peragut suka ragut orang comel-comel nih " tambah Am sambil berseloroh. Ada sedikit senyuman terukir diwajah ayu gadis itu,mungkin jenaka berunsur pujian Am itu menyentuh hatinya. "yelah, harap saya tak menyusahkan encik ye? " kata gadis itu mempersetujui cadangan Am. "ehh..takdelah.. saya takde g mana pun ni, free je " sambung Am sambil mendengar deruan enjin bas berlalu pergi tatkala mereka berdua menyusun langkah menuju ke deretan-deretan blok apartment kos sederhana itu.
                   "by the way, nama saya Amsyar, boleh panggil saya Am je" ujar Am memperkenalkan diri. "Nama awak siapa? " tanya Am kepada gadis itu. "nama saya Raudhah " kata gadis itu. sambil mereka berjalan menuju ke rumah gadis itu, mereka bertukar-tukar informasi dan cerita. jauh menuju ke rumah gadis itu seperti jauhnya perjalanan kehidupan yang akan mereka tempuh ini.


- TBC -