There was an error in this gadget

Tuesday, July 31, 2012

- anda & "teman" -

Rasanya tak sampai 10 minit aku pejamkan mata, dah mula ada bunyik bukan bukan di luar tingkap. Nilah padahnya menyewa rumah murah. murah sangat sewa ni sampai aku rasa tak masuk akal, tapi nk hidup punya pasalkan. lgpn ni bukan kali pertama aku kena sakat. biasa dah bunyik2 nih. tapi malam ni lain macam sikit.


malam ni ak tido agak lewat kerana melayan Man Laksa kt TV2 td. cerita macam hampeh lawak dia. penat aku gelak.kahkahkah. habis pun filem tu,aku beransur ke bilik. aku kemas sikit2 toto dan tilam,tepuk2 bantal,lalu aku sembamkan muka.ahhh...enak sungguh baring baring golek2 nih. aku melihat laptop di sisi,tapi seakan liat untuk aku bergerak ke sana. selalu sebelum tido aku akan melayan kawan2 di twitter atau fesbuk,tapi malam ni lain macam penat dia. ahh..malaslah,bisik aku.


aku pn mengelamun ,berangan sehingga lelap. aku baring mengiring mengadap pintu. lalu aku terlelap.tak sampai 10 minit terlelap, aku dengar bunyik bising2. ak dah boleh agak, tapi ni lain mcm dekat dia. aku masih memejamkan mata ,konon malas melayan "bnda2" tu. tp ak rasa bunyik tu dekat. sperti dibelakang aku.


aku cuba membuka mata,tapi mataku kelat,berat. aku hanya dapat melihat samar2 sahaja. tiba2 aku terasa sperti sesuatu menyentuh belakangku. seperti ekor kucing berbulu atau helaian kain menyapu belakang tubuhku. Ya Allah,jeritku didalam hati. aku cuba membuka mulut untuk berkata2 tetapi berat,mulutku terkunci. aku cuba menggerakkan badan berpaling ke belakang untuk melihat apakah yang menyentuh aku,tetapi badanku seperti terikat. tidak dapat begerak langsung.


aku mula panik, dalam samar pandangan aku, ak melihat seperti ada org berdiri di atas kepalaku, aku sperti dapat melihat sebelah kakinya di atas jarak pandangan aku. aku cuba menjeling tetapi masih tidak dapat melihat kelibat apakah itu. kemudian,ia berlalu pergi ke arah belakang aku, aku sudah tidak keruan. bunyi org berjalan semakin kuat dan hampir. aku harus lakukan sesuatu,fikirku..


lalu dengan kudrat yg ada,aku cuba menjerit.. "hoi!! hoi!! hoi!!" jerit aku dengan susah payah. aku rasa sperti jeritan aku hanya di kerongkong,tidak berbunyi... aku panik.. akhirnya ,aku nekad,dengan sepenuh tenaga, aku mencuba untuk melaungkan azan, " Allahu akhbar Allahu akhbar..... Ash'hadualla illahaillallah..."kuat aku laungkan..sekuat hati aku.


tiba tiba,aku merasa tubuhku dapat bergerak semula,lalu aku bingkas terjun dari katilku dan memerhatikan sekeliling. tubuhku bermandi peluh sperti orang baru lepas bersilat. tiada lagi bunyi2 kasar dari luar dan dalam rumah. aku beristigfar didalam hati. aku buka lampu dan perhatikan keadaan di dalam bilikku, bersepah seperti diselongkar pencuri. 

aku ke bilik mandi,berwuduk dan kembali ke katil ku. kali ini,aku membaca ayatul Kursi sebagai pelindung diriku ketika tidur. semoga ia tidak datang menggangguku lagi.

kawan2..jika anda tidak mahu ini terjadi kepada anda, sila perhatikan di luar tingkap, dan dibawah katil anda. ingatlah,bukan anda sahaja berseorangan di dalam bilik anda itu, tetapi anda "BERTEMAN"

 tak percaya cuba lah tengok........ =)



Sunday, July 29, 2012

- istiqamah -

Keajaiban bersikap Istiqamah


Oleh Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi 

ISTIQAMAH ialah salah satu sifat yang amat terpuji, ianya adalah sifat para nabi dan rasul, para wali dan para pejuang Islam yang berjaya. Sikap istiqamah (teguh dalam memegang kebenaran) adalah dianjurkan oleh Allah, sebagaimana dalam firman-Nya:

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…” (Hud: 112)

Sabda Rasulullah s.a.w:
Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Dari keterangan ayat tersebut di atas jelas bahawa diperintahkan agar kita beristiqamah dengan bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali terdapat hikmah yang besar di sebalik perintah istiqamah.
Syeikh Abu Ali ad-Daqqaq menjelaskan: “Ada tiga tingkatan dalam istiqamah:
  1. Menegakkan sesuatu (taqwin) - berhubungan dengan disiplin jiwa.
  2. Meluruskan sesuatu (iqamah) - berhubungan dengan penyempurnaan hati
  3. Berlaku teguh (istiqamah) - berhubungan dengan amalan untuk mendekatkan diri, menggantungkan diri kepada Allah”
Berikut ini di antara hikmah istiqamah yang turut diterangkan dalam ayat al-Quran sebagai berikut :
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka tetap teguh pendirian (di atas jalan tauhid), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): ‘Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Al-Fussilat: 30)


Dari keterangan ayat di atas tersebut, nampak jelas sekali bahawa ada beberapa hikmah yang terkandung dalam istiqamah, di antaranya:
  • Akan Selalu Didampingi Malaikat
Seseorang yang istiqamah (teguh pendirian dan tetap melakukan kebaikan) selalunya akan didatangi oleh para malaikat, sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang bermaksud: “…akan turun kepadanya (orang yang istiqamah) para malaikat…”
Seseorang yang apabila didatangi malaikat ia bermakna satu kemuliaan dan keuntungan yang amat besar, sebaliknya manusia yang didatangi oleh syaitan, ia bermakna kehinaan dan bencana yang amat besar.
Apabila malaikat datang, maka yang didatangi akan mendapat keuntungan. Ini disebabkan malaikat itu lambang rahmat, sebaliknya syaitan itu adalah lambang laknat. Ada beberapa kebaikan yang dibawa oleh malaikat:
  1. Mereka merasa senang, gembira dan tidak ada rasa khuatir.
  2. Akan merasa selesa.
  3. Akan selalu berbuat kebaikan dan tidak mengikut hawa nafsu.
  4. Orang yang selalu didatangi malaikat wajahnya akan berseri-seri, dan juga tidak mudah marah dan tersinggung.
  5. Orang yang didatangi malaikat akan berlapang dada.
  • Tidak Ada Rasa Takut
Seseorang yang istiqamah, tidak pernah merasa takut, sebagaimana ayat al-Quran: “…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Al-Fussilat: 30)
Apabila seseorang tidak pernah ada rasa takut, mempunyai keteguhan hati, kuat keyakinannya, kukuh pendiriannya dan besar harapannya kepada Allah.
Pakar motivasi mengatakan: “Akar dari segala bentuk ketakutan adalah ketidak-percayaan. Orang yang merasa asing terhadap hidupnya dan tidak kenal Tuhan serta tidak kenal diri sendiri adalah orang yang ketakutan.”
Untuk menjadi orang yang bebas dari ketakutan, kita harus bergantung kepada Maha Pencipta dan Maha Pemberi segala sesuatu. Kita harus memiliki kepercayaan dan mengenal Dia (Allah). Perasaan terpisah dengan sumber segala sesuatu, seperti anak kecil yang merasa terpisah dengan orang tuanya, akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan.
Dengan demikian jelas mengapa orang yang istiqamah tidak ada perasaan takut? Ini disebabkan apabila telah beristiqamah akan teguh pendiriannya, besar harapannya kepada Allah, kuat keyakinannya.
  • Tidak Ada Rasa Sedih
Orang yang istiqamah tidak mempunyai rasa sedih, sebaliknya mereka sentiasa gembira dan ceria, sebagaimana telah diterangkan di atas.
Seseorang yang istiqamah, ianya tidak ada perasaan sedih. Ini disebabkan orang-orang yang sedih itu merasa kehilangan sesuatu, atau tidak tercapainya sesuatu (gagal). Sedangkan orang yang istiqamah itu telah tertumpu semua pergantungannya itu kepada Allah, mulai dengan hartanya, anaknya dan bahkan dirinya telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah, sebab orang yang istiqamah itu sedar bahawa semua itu milik Allah dan akan kembali kepada Allah.
Apabila ada orang yang merasa sedih kerana kehilangan sesuatu, maka orang yang istiqamah tidak dapat bersedih, kerana ia merasa semua itu adalah memang milik Allah. Mereka merasa hanya sebagai penjaga barang titipan, maka apabila orang yang menitipkan itu mengambilnya semula, maka ia tidak merasa bersedih bahkan merasa tidak ada beban lagi. Itulah hikmah istiqamah.
  • Akan Mendapat Balasan Syurga
Mereka yang istiqamah akan mendapat balasan syurga, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“…dan terimalah berita gembria bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Al-Fussilat: 30)
Oleh demikian orang-orang yang beriman dan istiqamah ianya akan mendapat balasan iaitu syurga.
  • Akan Diberi Rezeki
Sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan dan tetap dijalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar. (Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.” (Al-Jinn: 16-17)
Imam Al-Qusyairi Al-Nisabury memberi komentar: “Allah swt tidak berfirman: “Kami akan membiarkan mereka minum”; melainkan “Kami akan memberi mereka minum dengan melimpah ruah.”
Memang di dalam ayat tersebut air yang melimpah, tetapi yang dimaksudkan adalah rezeki yang melimpah, sebab air adalah barang yang sangat diperlukan ketika itu. Oleh yang demikian Allah hanya menyebut air, akan tetapi yang dimaksudkan adalah rezeki yang banyak. Sebab air adalah lambang rezeki.
Demikian sebahagian hikmah daripada istiqamah. Ini jelas, barangsiapa yang istiqamah dalam melakukan kebaikan, istiqamah ke jalan yang lurus, maka akan mendapat hikmah sebagaimana tersebut di atas dan hikmah-hikmah lainnya yang tidak dapat kita ungkapkan di dalam kitab.


di ambil dari laman web Laman Nurani  
ilmu yang diambil,jika diamal adalah lebih besar nikmatnya  =)

Saturday, July 28, 2012

- regards to followers -

ok dah sebulan puasa ni, ak nk send regards n tribute kepada kwn2 bloggers aku yg follow aku nih.

tanpa anda,takkan saya menulis di sini.. *cewahhh


Siti Mashasanah

hellghast

Nina Koishir0

aleen aiden 
 (hai dak lin..hik3)

ermiza suliman

wanie

niza hanizaimi

Azar Azman ( FIRST FOLLOWERS N DA VERY BEST BUDDIES )


itulah mereka2 yg berada di dalam followers aku. sikit org bolah lah ak wish3.. 
tapi kalau followers dekat beribu mcm uncle gedek tu kau nk tag satu2??

untung tak hang button CTRL+V tu hang dok kopipes..

apepn kepada followers saya

SELAMAT BERPUASA dan teruskan blogwalking kerana itu amat seronok...


Monday, July 23, 2012

- sahur -

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)


sumber dari TAZKIRAH
*************************************************************

semalam kt kg,agak lewat bgn sahur,then mood nk mkn berat2 mmg xda la. so capai 4 5 biji kurma,makan kurma dengan nestum. alhamdulillah tahan.

harini dah kt Damansara, lg la xda mood nk mkn berat2, sahur dgn Nesvita je. InsyaAllah tahan.

bersahur bukan sebab nnt siang tak tahan lapar,tapi bersahur untuk mendapat keberkatan berpuasa dalam bulan Ramadhan ini.

InsyaAllah semoga kita bersama mendapat keberkatan dari-Nya



Thursday, July 19, 2012

- aku dan Ramadhan -



“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”  (Surah al-Baqarah, ayat 183)






salam sejahtera semua,

haa...dah diketahui umum bahawa tarikh 1 Ramadhan ialah pada sabtu ini,so boleh lah dah hafal niat puasa.
Alhamdulillah kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan yg diredhai Allah ini. bulan di mana segala amalan diterima dengan mudah.

ya..amalan ketika puasa. ramai dah ketahui sbb ramai dah yg share2 kt wall fesbuk bagai kt twitt pun. Alhamdulillah, semiga mereka yg share tu dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu pengetahuan itu.

tapi apakah amalan yg perlu diri sendiri buat?? dan apa yg perlu ditinggalkan?? bukan sahaja ketika ramadhan,tetapi untuk bulan seterusnya hingga menjadi amalan seharian sepanjang hidup.

macam aku sendiri,ada beberapa perkara aku nk buat dalam ramadhan ini,yg sebenarnya dah beberapa ketika buat tetapi secara intensifnya ingin aku buat ketika ramadhan. yela,ramadhan nnt semua syaitan dah diikat so yg berperang dgn kita hanyalah nafsu semata. jika kita dapat atasi nafsu mazmumah tu,insyaAllah,berjaya lah amalan2 kita.

to-do-list  in ramadhan  *ini firdaus punya yaa...

- kurangkan sifat amarah yg ada dalam diri dan gantikan dengan kesabaran

- kurangkan melakukan perkara2 sia2 dan gantikan dengan perkara bermunafaat

- memperbaiki amalan2 seperti solat dan puasa

- bertekad memperbanyakkan solat sunat 

- khatam Al-Quran dalam sebulan ini

- yg akhir, belajar bersyukur dan redha dalam segala keadaan


tak banyak,tapi itu yg aku akan cuba.. kt luar tu mesti cakap "ahh dia tu sembang jaa", "ah...konon nk jadi ustaz la tu", "ahh...tu kejap je tu,kang jadi mcm dlu gak"

suara2 sumbang seperi tu akan ada,yg penting istiqamah kita tu mcm mana. banyak perkara aku dah belajar sejak beberapa ketika ini. dan aku sendiri mula merasakan bahawa aku perlu pergi ke satu level lagi dari keadaan sekarang ini.

Islam itu sentiasa mengkehendaki kita memperbaiki keadaan diri kita.

peluang ini aku akan cuba ambil di kesempatan ramadhan ini.

aku tak minta banyak dari kamu kt luar sana..cuma sedikit doa sahaja sudah memadai.

sebab dalam badan manusia ni ada segumpal darah yang akan membentuk manusia bagaimana jadinya kita ini...

semoga Allah merahmati anda yang membaca ini..

akhir kata sempena Ramadhan Al-Mubarak ini,

KEPADA SEMUA SAUDARA DAN RAKAN,SAYA MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP TAK KIRA DARI SEGI PERBUATAN ATAU KATA-KATA,SEMOGA KITA DAPAT MENJADI INSAN YG LEBIH BERTAQWA DAN DIREDHAI ALLAH...AMINN



Wednesday, July 18, 2012

- ww : wordless wednesday -

ak nk share satu gmbr yg aku ambil semasa bertandang ke bandar Kuching,Sarawak.

Title: Bot Penambang

Tuesday, July 17, 2012

- kosong -



mcm ni la rupa page aku dr mlm td.. kosong sekosong lagu Najwa Latif... smlm pemikiran mencurah2..tp mlm tadi,membawak ke tido kosong dia.. hehhhh

Sunday, July 15, 2012

- warkah sang radiographer -



salam radiasi,

        saya menulis warkah ini bukan ape,sebab saya teringat kepada diri kamu. ingatan saya masih kuat seperti ingatan saya apabila pertama kali x-ray ditemui iaitu pada 8 Nov 1895 oleh Encik Rontgen. kuat juga ingatan saya ini. saya ingin betanya adakah kamu masih mengingati saya sperti itu? takpe kalau tak brapa ingt pun. tahu kamu sibuk sejak kebalakangan ini.
       rindu saya semasa kita masih bersama, takkan dapat saya lupakan macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak. ia sperti x-ray yg terhasil apabila  elektron yang mempunyai tenaga yang cukup, ia boleh mengetuk satu elektron di dalam relung orbit di dalam sesuatu  atom logam, dan hasilnya elektron daripada tahap tenaga yang lebih tinggi kemudian mengisi kekosongan foton dan sinar-X  dipancarkan.hahh...agak complicated kan kisah cinta kita. org laen takkan faham. kdg2 saya pn tak faham,kena bukak buku gak.
         tapi,apakan daya, setiap xray yg dipancarkan hanya 1% yg berguna,lg 99% adalah haba. ya..haba.. haba tu lah yg mungkin memisahkan kita. tak dapat nk atasi kepanasan itu ,kerana jika dilampaui batasnya,ia leh wat kita hang atau autorestart mcm mesin CT scan tuh. takkan nk sejukkan guna nitrogen mcm dlm chiller MRI? nnt kita beku,dingin,sejuk hingga brainfreeze tak tau nk wat ape lak. jadi,kita mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing2.
        seperti mana radiologi dan radioterapi yang based sama atas dasar radiasi tetapi berbeza haluan,inilah kita sekarang. takpe...janji saya masih menyimpan perasaan terhadap kamu ini sudah cukup bagi saya.. ya..sperti mana TLD dan film badge menyimpan bacaan scattered radiation ketika kita melakukan kerja.
       ah...alangkah indah dan seronoknya kalau cinta kita berakhir dgn kebahagiaan. seolah2 kepuasan ketika dapat melaksanakan prosedur Coronary CTA yg perlu mengikut rentak jantung itu. dengan harapan tiada bacaan kalsium yg tinggi dalam coronary artery dan rentak jantung yg rendah untuk dapat imej yang optimum. ahh....seronoknya apabila dapat menerangkan kepada pesakit mereka sihat walafiat,seperti itulah kepuasan jika dapat menggembirakan kamu.
       nampaknya smpi disini sajalah warkah ini, tak mampu nk tulis panjang2 sbb jangka hayat satu elektron teradiasi pn tak lama,tak mcm yg kena kt Hiroshima tu,berminggu2. ini xray utk perubatan,sekejap je. sekejap sperti hubungan kita.

akhir kata dari saya, jagalah diri elok2 dan gembiralah selalu. majulah x-ray untuk negara.


yang benar,
Radiographer






hmm...mcm ni la rasa masa jatuh cinta dulu dan rasa yg sama masa berpisah

Saturday, July 14, 2012

- saturday quote -






satu pagi yg damai.....





" i always late, that why i always missed you"





p/s: i'm ok =)

Thursday, July 12, 2012

- garam,langau -

terbaca satu petikan peribahasa di dalam website ketika sedang blogwalking dan membaca jurnal2 dan artikel2,


"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging"


apa yang aku dapata fahami dari peribahasa ni ialah ia memberi pengertian bahawa jika kita tidak dapat menjadi seseorang yg berbakti kepada orang lain,maka jangan lah kita membawa keburukan kepada orang itu, lebih2 lagi dalam soal percintaan.

mungkin apabila kita meluahkan dan menyatakan hasrat hati kita,ada sesetengah gadis yang masih belum bersedia akan menolak atau tidak dapat menerima,maka jangan lah kamu membawa meburukan kepadanya dengan cuba menganiayanya atau memburukkan persepsi dirinya.

kerana terdapat pepatah lain pula mengatakan

"jika kamu tidak dapat berbuat baik sekali pun,jangan lah kamu berbuat jahat,kerana tidak berbuat jahat itu sudah cukup baik" 

makanya saya mengingatkan kepada sahabat2 yang membaca entry ini dan diri saya supaya sentiasa melakukan kebaikan tak kira kepada siapa dan bila masa sahaja dan dimana jua,kerana Allah memerhati segala gerak geri kita dan ingatlah segala perbuatan kita akan dikira walau sebesar zarah pun.

- fitrah manusia -

rasa cinta

rasa sayang 

rasa rindu

rasa yang menyenangkan itu adalah fitrah kita sebagai manusia

walau kita tahu segala rasa yg kita ada pada seseorang itu

tak semestinya akan membuatkan orang itu merasa yang sama

bersyukurlah Allah masih mengurniakan perasaan ini kepada kamu


Wednesday, July 11, 2012

- ww : wordless wednesday -

siapa yg mengetahui apa di dalam gambar ini tahu apa yang ia ceritakan.


thank you kepada adik Kechik saya utk ini 
its really touch my heart

Tuesday, July 10, 2012

- berundur!!! -

bukannya pengecut apabila kita berundur

semasa perang pun kadang kala kita perlu berundur

berundur bukan sebab kita rasa kita tak mampu untuk maju kehadapan

tetapi berundur untuk menarik sedikit nafas

berundur untuk mendapatkan momentum kehadapan

umpama lastik , ''if u know what i mean"


berundur kerana memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri

mengenal pasti semula apa yg ada di hadapan

agar bila momentum untuk bergerak kehadapan sudah ditemui

kita lebih bersedia dan berjaga-jaga


jadi walau apa pun berlaku

jika kamu perlu berundur, lakukanlah

cuma pastikan selepas itu kamu maju terus ke hadapan

InsyaAllah,yg sentiasa menjadi getah peregang lastik kamu itu adalah sikap tidak mudah putus asa dan doa kepada Allah S.W.T

wish me the best and i will always wish yours.

halaaa....

p/s:banyak sgt maen angry birds =.='

nah....amikkaw!!

Monday, July 9, 2012

- uncle gedek -

salam satu malaysia..

huarghhh....

tau tak teruja bila ada org2 feymes ushar blog anda

apatah lagi meng'komen'

terharu terharu.

tak caye?? tgok ni....


ini amat merangsang untuk menulis lagi...

ni...ni

uncle gedek...sape tak kenal sila tgok sini ...

sejak mula mengikuti blog tu..

tunjuk kt kengkawan tgok...

mmg meriah department aku..

lagi2 dengan gaya dan acuan muka yg sama tiap hari dr uncle tu...

mmg respek darab 178938723829 lah kat uncle.

jarang2 jumpa org istiqamah tiap hari wat mcm tu..

uncle wa saspek respek lu la uncle....kihkihih


Wednesday, July 4, 2012

- insyaAllah -

alhamdulillah.

aku makin boleh menerima keadaan diri aku sekarang ni.

mungkin itu cara dia  *.....begini caranya..bagi dirikuu -saheizy sam*

tp tidak mengapalah.

alangkan rambut dah kaler lain2,inikan hati

lagipun soal hati dan perasaan selalu tidak boleh diramal dan dijangka.

insyaAllah,namanya masih dalam lipatan doaku

bukan ape....dia pernah memberiku perasaan indah

dan atas kata-katanya yg menjadikan aku begini sekarang

mnjadikan aku lebih baik dari dahulu

aku pernah dgr org kata..

berubah dan berbuat baik kerana seseorang tu kita syg,sangat baik krn kita ada niat nk jd baik

tetapi jika kita tidak bersama org yg kita syg itu,kekalkanlah kebaikan itu dan insyaAllah,ada hikmah yg akan datang.

besar ganjaran untuk orang2 bersabar dan berbuat kebaikan

jadi aku meminta , jika ada salah yg aku buat,tegur2 lah,nasihat2 lah

kerana aku juga insan tak sempurna

aku manusia lemah yg terkadang leka dalam dunia sementara ini..

terima kasih kepada semua..

terima kasih..  =)

- erti bunga itu -

"...sekuntum mawar merah...."
"..sebuah puisi....."
".......untuk gadis pilihan...ohh...."
"...dibulan februari...."

fikiran aku melayang tinggi di kala aku mendengarkan bait-bait lagu ini. terfikir bagaimana mereka menciptakan lagu yang cukup indah ini. cukup indah hinggakan orang yang bukan dalam alam percintaan pun terpaku dan perkesima mendengarnya.

"Aus?? apa Aus fikirkan??!!" sergah Ila pada aku.
"ar..ar...er....takde ape lah..hehehe" balas aku sambil memandang wajahnya. kembali aku lemparkan pandangan aku ke luar. semakin banyak kenderaan petang ini. masing-masing berebut hendak pulang ke rumah. maklumlah,mana ada orang kerja lepas "office hour".

"Ila..suka tak bunga tu yang Aus bagi?" tanya aku perlahan sambil mengharapkan jawapan yang boleh membuatkan aku tersenyum.
"suka ... jarang ada orang berikan bunga. nape bagi Ila bunga ni?" balas nya padaku perlahan.
'amboi..ni rancangan super spontan ke ape,soklan dijawab dengan soklan?" seloroh aku. ada tawa dari bibirnya. aku tahu dia gembira.
"takde la. dalam hidup ni,semua orang nk rasa dihargai.bahkan kucing yg kita bela pn nk rasa dihargai..."
"Ila tak suka kucing..!!"katanya memotong percakapan aku.
"itu Ila takot kucing bukan tak suka" balas aku smbil melihat dia mencebikkan bibir comelnya.
"semua makhluk nk dihargai,nk rasa disanjung. ni salah satu cara Aus hargai kamu. mungkin ada perbuatan baik yang tak dapat kita balas secara terus atau secara jelas,tapi dengan cara ini,orang yang menerima penghargaan itu akan rasa gembira dan yang penting dia tahu ada orang menghargai dirinya."ujar aku lagi.
"lagipun kadang kala tiada kata yang boleh diucapkan untuk berterima kasih kepada orang berbuat baik kepada kita itu,jadi dgn cara ini,dapatlah sedikit sebanyak membantu dia mengucapkan kata penghargaan itu."sambungku panjang lebar.
"tapi Ila tak reti jaga bunga ni,nnt dia layu"suaranya seperti keresahan.
"kalau layu nnt Aus bagi yang baru"kata aku smbil melemparkan senyuman padanya.
"camtu bagi bunga plastik la,tak layu"balasnya seperti memerli aku.
"bunga ni macam perasaan sayang saya pada kamu,mana mungkin nk bg yg palsu sedangkan ianya asli,original dari hati. makin hari makin banyak,kalau rasa makin kurang,kita banyakkan je. " jawab aku sambil memandang wajahnya. 
"gedik!!" itu saja perkataan yang mampu dia balas padaku.

deras aku memecut keretaku menuju destinasi yang ingin kami tuju. kuharap kisah kami juga akan tiba ke destinasi yang ingin kami tuju. jauh lagi perjalanan kisah ini, dan sejauh itu juga aku melemparkan pandangan ku,dengan harapan ada sedikit petunjuk yang dapat membantu aku untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.

**************************************************

P/S: AKU BG BUNGA PADA INSAN TERTENTU SAHAJA
P/S2: CERITA ATAS TU BUKAN CERITA TTG AKU TP IDEA ASAL AKU.

Tuesday, July 3, 2012

- self conciousness -

salam.

pernah terfikir hari-hari yang kita lalui ni untuk apa sebenarnya?

aku makin kerap fikir ttgnya sejak kebelakangan ni.

smpi aku tak tahu apa yg perlu aku dahulukan apa yg kemudian.

fikiran kadang2 kusut.buntu.keras.

itu yg dalam fikiran,belom yg dalam hati lagi.

Ya Allah..banyak betol perkara aku terlepas pandang.

sampai masa aku buka mata

dengar dengan teliti

aku basahkan diri dan tulang empat keratku dengan wuduk

mencapai hamparan sejadah

bermohon taubat pada-Nya

bermohon petunjuk dari-Nya

ya..padaNya lah tempat aku mengadu.

segala kesulitan diri ni.

tanpa sedar aku menangis

aku menangis mengenangkan diriku sendiri

aku ingin berubah

aku ingin menjadi lebih baik

bukan kerana dunia

tetapi  kerana Dia

kerana aku  sedar akan kekhilafan diri aku

Insya'Allah...aku boleh..




p/s: makmum yang akan mencari imam,kelasi yang akan mencari nakhoda,bendahara yang akan mencari sultannya.

aku berubah sejak mengenali kamu,banyak kata-katamu menyedarkan aku,kisah silam kita mungkin hitam, tetapi masa depan kita belum berwarna,marilah kita warnakan dengan indahnya.

tq IN ( NA )