There was an error in this gadget

Wednesday, June 27, 2012

- dan sebenarnya -

salam semua

hehe..

tak tau nk merapu mende..

cuma nk cerita satu kisah.

kisah dimana seorang gadis betuah yg mempunyai seorang teman yg mempunyai perasaan kasih pada dirinya.

   *        *          *         *            *          *

pada mula perkanalan semua berjalan lancar hingga pada suatu hari si jejaka meluahkan perasaan pada gadis itu
" kamu, sejak berkenalan dgn kamu,ada satu perasaan yg kuat dalam hati saya. perasaan yg ingin membahagiakan kamu dan melihat kamu gembira,perasaan dimana saya keresahan jika kamu kesedihan,perasaan di mana sentiasa memerlukan kamu tak kira apa."luah jejaka itu.

tetapi,luahannya dan perasaan nya ditolak dengan baik oleh si gadis. si gadis berkata tiada perasaan lebih dari seorang kawan terhadap jejaka itu. jejaka itu pun menerima dgn redha perkara tersebut. sekurang-kurangnya ringan beban di hatinya menanggung perasaan itu. tetapi ia tidak meruntuhkan semangat dan perasaan jejaka itu.

masa berlalu dan hari berganti. semakin rapat dia dgn si gadis itu. semakin mereka mengenali hati budi masing-masing,semakin bertumbuh bibit2 cinta itu. tetapi mash seperti ada satu tembok yg membuat si gadis tidak dapat mengungkap perasaan syg kepada jejaka itu.

jejaka itu tidak pernah putus asa. jika diduga kesabarannya,jarang ada yg mampu menandingi nya. kental semangatnya seperti dia sedang pergi berjuang di medan perang. ya,dia berjuang mempertahankan perasaan cinta dan sayangnya kepada gadis itu.

dia tidak hanya berusaha dari segi duniawi. istiharah dan keredhaan sentiasa diamalknnya. cintanya semata kerana keredhaan Allah. padanya,jika dia mencintai gadis itu kerana gadis itu,dia bimbang,apabila gadis itu tiada,dia akan kecewa,terlalu kecewa. dan jika dia meletakkan citanya kerana Yang Maha Esa,dia tidaklah merasa seperti itu.

adat kehidupan,laut pn ada pasang surutnya. si gadis mula sperti menjauhkan diri. menjarakkan masa dan ruang. si jejaka keliru dgn perubahan ini tetapi masih menerimanya seadanya.

dan sekarang si jejaka masih meletakkan harapan untuk gadis itu,tetapi berlandaskan keredhaan dan penuh perasaan berserah dengan ketentuan-Nya. kini dia hanya mengikut rentak si gadis dan cuba meyakinkan gadis itu semula bahawa hanya dia yg terbaik untuk gadis itu. tidak sedikit pun luntur semangatnya.

dan sebenarnya si gadis itu tidak sedar bahawa dia amat amat beruntung. beruntung kerana si jejaka menyayanginya seperti seorang kekasih dan melayannya seperti seorang rakan baik. kerana pada si jejaka hatinya yakin, si gadis terbuka hati menerimanya semula.

andai batu dititis air lama lama akan lekuk,inikan pula hati manusia,getus jejaka itu

andai hatinya milik Allah,akan diminta pada Allah siang dan malam untuk diisi namanya di dalam hati gadis itu.,sematnya didalam hati

dan andai dia adalah bukan jodohku,kau lakukanlah yg terbaik untuk kami Ya Allah.

sesungguhnya ihlas,sayang,tulus,jujur,cinta, tidak dapat dilihat mata kecuali dari hatinya.

dan aku doakan jejaka itu berjaya. insya'Allah.

- sekali tak best,berkali2 best -

dengar mula2 mcm "ehhh lagu mende ni??"


pastu dgr lagi..


dan lagi..


dan lagi...


dan bila MO aku lak mention...


mmg sedap la lagu ni..wahahaha


*ekceli nk bgtau aku tgok gak citer Dejavu di Kinabalu tuh. sbb ada Tiz Zaqyah..


ni lirik lagu ni...




Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu
Repeat reff



Saturday, June 23, 2012

- saturday -

Assalamualaikum.

got some part agak sleepy pagi ni. pas Subuh td tumbang lagi dek kerna German lah. halahai...

so, kemas umah da. basuh baju dah. tgok tv smpi bebal pn dah.

thinking of nk antar kete g basuh tp baru niat je..dah grrdegummm!! gredegumm!!  *bunyik guruh actually.

hadoyai...

got something to do when it really2 makes your day quite bored.

*tibe2 perasaan tu datang lagi..mencikk.

xpelah...perasaan ni ciptaan Allah. mcm hujan. takleh nk halang. terima je. lgpun mmg manusia dicipta mmpunyai perasaan.

p/s : nk tgok movie tp with who?

p/s: jgn aku wat gila lg suddenly g bagpaking lg..


Friday, June 22, 2012

- bulan syaaban -

alhamdulillah..

tiba juga d bulan syaaban. tanda2 nk puasa dah selain nnt ada pertandingan tlawah Al-Quran.

nk kongsi sikit fadhilah bulan Syaaban ni , hasil nukilan saudara kita yg saya baca di web IKIM. Artikel penuh ada di sini ye.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda. 

 dan yg ni sebenarnya ingin dicapai

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

insyaAllah dapat kita bersama-sama mengejar ganjaran ini.. =)

- new breath -

holaaa.....


i'm giving new breath into this blogs...



and i am commit to do it.....





as i shared with u all the images and pictures from my views...




people said 


        "  one picture can tell a thousand story  "

Thursday, June 21, 2012

- aku kini . . . . . . -

ada sesetangah perkara yang kita tak dapat nk ungkap dgn kata2. apatah lagi ayat2 dalam blog.
ttg perasaan...
ttg alam ghaib..
ttg perkara yg xnampak dek mata..
ttg perkara dalam hati...

hatiku dicuri lagi..
tak mcm selalu...
kali dgn penuh pengajaran..
mungkin nk aku belajar jadi seseorang yg lebih baik..
walau bkn untuk dia..

kdg2 kita terfikir..
yg kita temui tu..betol ke untuk kita..
betol ke ape yg hati kita mahukan..
betul ke apa yg selama ini kita dambakan...
smpi satu masa di mana kecelaruan antara hati dan otak tiba..

ye...kdg2 kita tak sedar kita berubah...
berubah tu baik
berhijrah tu baik jika tujuan dan niatnya baik
berubah untuk seseorang tu berbahaya
kerana kt situ dah goyang niatnya,istiqamahnya...
berubah kerana Yang Esa ada lah sebaik2nya..

dan dari situ aku belajar erti redha...
bila satu masa dimana kita letakkan diri kita
berserah hanya kepadaNya.
biarkan apa sahaja yang Dia tentukan..
disitu kita belajar meredhai sesuatu...
dan atas perkara itu juga akan membina satu nilai baik dlm diri kita
dan nilai tu jika kita siramkan lagi dgn kemurnian2 ibadat
ketaqwaan kita,dan mendekatkan diri dgn Nya
boleh menjadikan kita org yg lebih baik
kalau bukan baik seperti tabligh2 ulamak2 pn
at least lebih baik dari sebelum ni

aku pn begitu juga..
aku dapat rasa perubahan dlam diri aku
dr 3 jadi 4 dan jadi 5
dari sorg g brdua g kepada bejemaah
dari terabur tajwid dan tarteel semakin fasih lancar
Alhamdulillah..

mengenalmu banyak mengajar aku erti menjadi manusia sebenar
andai pintaku padamu tidak dapat kau penuhi
sekurang2nya pintaku pada Nya ada yang dah makbul..

andai benar kau untukku,aku tunggu
aku tak bgtau kau aku akan tunggu
aku perati dr jauh je.
smpi satu masa Dia tunjuk yg aku perlu buka mata semula dan
dan


dan

ulang semula apa yg aku pernah lakukan
tapi kali ini
lebih baik
sgt2 lebih baik..

ok lah...TBC  assalamualaikum =)