There was an error in this gadget

Monday, October 31, 2011

- patin masak tempoyak -


aku xtau la dari mana tersampuk suke mkn benda alah ni. aku bukan org pahang pon.org jengka jauh sekali. ( ahaha,,gelak setan ). tapi ni la hakikatnya. gua meroyan nk mkn ni mcm pompuan mengidam nk mkn daging rusa putih. ( ade ke?? )

ini resepi aku amik kt blog daridapurcomelku.blogspot.com, tq utk resepi ni. sbb aku tgok gmbar dai dlm tu pn da menitik air liur...

resepi patin masak tempoyak..

BAHAN-BAHAN:

Satu ekor ikan patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam) dipotong 5 (kalau ikan saiz besar)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) tak de ganti ngan serbuk kunyit pun tak pe
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)- ikut tahap kepedasan anda)
1 cawan tempoyak (saya suka pekat)
2 ikat daun kesum (ambil pucuk je)
2 ikat bunga kantan di belah 2
2 asam keping
1 helai daun kunyit disiat
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)


CARA-CARA :

1. ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
2. Tumbuk kunyit hidup, bawang kecil dan cili api dan digaulkan dengan tempoyak.
3. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping. Letak periuk atas api sederhana. Renehkan.
4. Biarkan seketika kemudian masukkan ikan.
5. Masukan bunga kantan, daun kesum. Daun kunyit yg disiat
6. Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit. Biar mengelegak..tutup api dah boleh makan :)






ni yg wa mkn kt RnR temerloh ni...owsem gak..

p/s: org jengka reti masak ni kan.... extra credit tu.. hahahaha ...eh..wa mention lu eh? haha.. lu la...

1 comment:

Juliet_iRa~" said...

sedapnya..

suka gak!:D

salam aidiladha..

psss : jom join my GA! dpt ole2 CAMERON tau!:p