grooom grrr........ *sound efek bunyik guruh
"Pehh...lencun siot" kata Akif pada motor LC135 kesaayangannya.
Kebasahan Akif pada petang itu. Tidak disangkanya matahari yang muncul td dan kapanasan yang melampau adalah petanda untuk hadirnya hujan. Dia duduk kebasahan di pondok bas itu. "Kusangkakan panas berpanjangan,rupanya gerimis,rupanya gerimis mengundang ah ah ah"nyanyinya perlahan mendendangkan lagu dari sebuah kumpulan yg memang diminati ramai. Fikirannya mula melayang,hatinya tiba-tiba sebak memikirkan lirik lagu itu. Jauh dia menyelami kenangannya yang lalu,kenangan pedih dan sedih. "Zurina". Nama itu tidak asing bagi dirinya. Lama dia mengenali pemilik nama itu,malah cukup mengenali isi hati dan budi pemilik nama itu. Namun itu cuma tinggal kenangan. Nama itu acap kali disebut dalam doanya. Dan pemilik nama itulah yang membuatkan dia sebak setiap kali mendendangkan lirik lagu tersebut. Hatinya pilu. Semua bermula 3 tahun lepas,ketika dia masih di alam universiti.
2006,Semester 1,
"Hai nama saya Muhammad Faiq Akif,sumer org leh panggil saya Akif"ucapnya ketika memperkenalkan dirinya kepada kelas pertamanya di universiti. Ramai kenalan baru yang ditemui dan dirinya tertarik kepada sepasang mata yang asyik memandangnya sedari dia memasuki pintu kelas itu. "Ish..awek ni pehal lak ushar2 ak?"bisiknya sndiri."Macam ni,tak senang duduk lah aku ada org perhati jek"tmbhnya lg. Sepanjang kelas tu,fikirannya terganggu dek kelibat gadis itu. Sehingga smpi di rumah pn dia masih memikirkan kenapa gadis tersebut memerhatikannya.
Keesokkannya,dia memberanikan diri menegur gadis tersebut di dalam makmal. "Hai,semalam awak asyik tgok sy je. kita pernah kenal ke sblm ni?"ujar nya kepada gadis itu. "err..ye ke sy perhatikan awak?"balas gadis itu. "saya rasa sy tgok orang sbelah awak"tambahnya lagi. "cis,mcm mana ak leh xperasan dalam kelas tu bkn ada aku sorg je lelaki"gusar hatinya. "hehe..takpelah,oleh sbb awk dah tegur sy pn,ape kata kita berkenalan"ujar gadis itu. "sy Zurina, Nur Aisya Zurina. boleh pggl sy Zu je."tmbahnya lg. dia sungguh tak menyangka sikapnya yang cepat perasan akan membuka jalan baru, jalan yang akan membuka hatinya dan nalurinya sebagai seorang lelaki. Ya,Zurina. Dia tidak akan menyangka nama itu yang akan menjadi sebuah cerita dalam hidupnya.
bersambung.......
3 comments:
huhuhuhu juwang la tu...hihihi~~
pergh..since when anda berkarya??gile lah..
geng MU : xla sgt kot
ayong : bkn slalu
do follow eh...haha
Post a Comment