Wednesday, June 27, 2012

- dan sebenarnya -

salam semua

hehe..

tak tau nk merapu mende..

cuma nk cerita satu kisah.

kisah dimana seorang gadis betuah yg mempunyai seorang teman yg mempunyai perasaan kasih pada dirinya.

   *        *          *         *            *          *

pada mula perkanalan semua berjalan lancar hingga pada suatu hari si jejaka meluahkan perasaan pada gadis itu
" kamu, sejak berkenalan dgn kamu,ada satu perasaan yg kuat dalam hati saya. perasaan yg ingin membahagiakan kamu dan melihat kamu gembira,perasaan dimana saya keresahan jika kamu kesedihan,perasaan di mana sentiasa memerlukan kamu tak kira apa."luah jejaka itu.

tetapi,luahannya dan perasaan nya ditolak dengan baik oleh si gadis. si gadis berkata tiada perasaan lebih dari seorang kawan terhadap jejaka itu. jejaka itu pun menerima dgn redha perkara tersebut. sekurang-kurangnya ringan beban di hatinya menanggung perasaan itu. tetapi ia tidak meruntuhkan semangat dan perasaan jejaka itu.

masa berlalu dan hari berganti. semakin rapat dia dgn si gadis itu. semakin mereka mengenali hati budi masing-masing,semakin bertumbuh bibit2 cinta itu. tetapi mash seperti ada satu tembok yg membuat si gadis tidak dapat mengungkap perasaan syg kepada jejaka itu.

jejaka itu tidak pernah putus asa. jika diduga kesabarannya,jarang ada yg mampu menandingi nya. kental semangatnya seperti dia sedang pergi berjuang di medan perang. ya,dia berjuang mempertahankan perasaan cinta dan sayangnya kepada gadis itu.

dia tidak hanya berusaha dari segi duniawi. istiharah dan keredhaan sentiasa diamalknnya. cintanya semata kerana keredhaan Allah. padanya,jika dia mencintai gadis itu kerana gadis itu,dia bimbang,apabila gadis itu tiada,dia akan kecewa,terlalu kecewa. dan jika dia meletakkan citanya kerana Yang Maha Esa,dia tidaklah merasa seperti itu.

adat kehidupan,laut pn ada pasang surutnya. si gadis mula sperti menjauhkan diri. menjarakkan masa dan ruang. si jejaka keliru dgn perubahan ini tetapi masih menerimanya seadanya.

dan sekarang si jejaka masih meletakkan harapan untuk gadis itu,tetapi berlandaskan keredhaan dan penuh perasaan berserah dengan ketentuan-Nya. kini dia hanya mengikut rentak si gadis dan cuba meyakinkan gadis itu semula bahawa hanya dia yg terbaik untuk gadis itu. tidak sedikit pun luntur semangatnya.

dan sebenarnya si gadis itu tidak sedar bahawa dia amat amat beruntung. beruntung kerana si jejaka menyayanginya seperti seorang kekasih dan melayannya seperti seorang rakan baik. kerana pada si jejaka hatinya yakin, si gadis terbuka hati menerimanya semula.

andai batu dititis air lama lama akan lekuk,inikan pula hati manusia,getus jejaka itu

andai hatinya milik Allah,akan diminta pada Allah siang dan malam untuk diisi namanya di dalam hati gadis itu.,sematnya didalam hati

dan andai dia adalah bukan jodohku,kau lakukanlah yg terbaik untuk kami Ya Allah.

sesungguhnya ihlas,sayang,tulus,jujur,cinta, tidak dapat dilihat mata kecuali dari hatinya.

dan aku doakan jejaka itu berjaya. insya'Allah.

1 comment:

budoxe said...

bole buat novel ni seyes~ aku buat komik je tau