alhamdulillah..
tiba juga d bulan syaaban. tanda2 nk puasa dah selain nnt ada pertandingan tlawah Al-Quran.
nk kongsi sikit fadhilah bulan Syaaban ni , hasil nukilan saudara kita yg saya baca di web IKIM. Artikel penuh ada di sini ye.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para
hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan
menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W
bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku,
dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk
menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.
Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan
baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan
amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan
banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
dan yg ni sebenarnya ingin dicapai
Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa
orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam
solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat,
pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada
dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
insyaAllah dapat kita bersama-sama mengejar ganjaran ini.. =)
No comments:
Post a Comment