There was an error in this gadget

Thursday, March 14, 2013

- mobile kes jam 2pagi -

     jam baru menunjukkan angka 2:30am. aku baru je nak lelap mata ni tibe2 memekik dah telefon ni. 0361265400. aiseh...wad lak call ni. "hello..encik firdaus ke? encik oncall kan arini. ade satu kes la ni doktor request. urgent." suara lembut di hujung talian berbunyi. "ye...ye...baik...saya datang sebentar lg saya call ye."balas aku. lantas aku tekan butang off dan segera memakai seluar tracksuit dan tshirt. aku mencapai sweater kegemaran aku dan terus aku menuju ke kenderaan.
      menderu kereta ku menuju ke kampus. masa aku keluar dari rumah, hati aku ni resah semacam je. mungkin sbb aku beru nk tido td kot. takpe,aku abaikan je. masa tiba kt simpang nk masuk ke jalan besar, tibe2 aku terlihat kelibat budak melintas, terkejut aku sambil menekan brek sepenuh hati. aku tengok cermin belakang, nasib takde kereta atau lori,kalau tak aku kena sapu td. aku mencari kelibat budak tadi. tiada!! laju benor dia lari. balik dari CC la tu..hehh..
      masuk di perkarangan kampus, aku menegur pegawai keselamatan yg bertugas di pagar besar tu. dia cuma melihat aku sambil mimik mukanya yang suram. masing2 mengantuk ni aku rasa. maklumlah dah pukul berapa ni. terus aku parkir kereta dan bergerak ke department untuk mengambil mesin mobile dan kaset.
setelah aku warmup mesin dan mesin reader telah ak on, aku bergerak ke wad yg berada di tingkat 3. sunyi je kampus waktu2 gini. time2 ni lah ak teringat cerita2 org wad tu. budak lah,guard takde muka lah,kuar lif kt tmpt lain lah. adui...dah la aku kena naik lif..part ni ak memikior je ni..aduss... aku cuba menenangkn hati dengan membaca ayatul Kursi. aku tekan butang lif untuk naik. Ping!! pintu lif pun terbuka.
      sedang ak nk masuk tibe2 bahu ku di cuit sesuatu. seperti angin lalu. segera aku menoleh. tiada ape pun di belakang ku. kot lah cicak ke kelkatu ke kn. aku tolak mesin yg berat tu ke dalam lif dan aku berdiri di sudut belakang lif itu. baru je lif nk tutup,pintunya di tahan. kejap...kejap...nak naik gak. ada seorang budak menahan lif tu. ak pun tekan butang buka. pintu pn terbuka lalu budak itu masuk berdiri di sebelah aku. terima kasih bang..kata budak tu. aku angguk je. aku tanya dia nk kemana, dia kata nk ke tingkat 4,tengok nenek. oh..relative pesakit rupanya. katanya dia ke luar membeli air sebab kehausan. aku sedikit pelik, mana ada jual air time2 gini dalam kampus ni. tapi ak teringat di belakang ade kafe baru bukak. 24 jam kot..pikir aku.
tiba aku di tingkat 3,aku keluar. menolak mesin yg berat tu. budak tu masih di dalam lif melihat aku sambil tersengih. aku pun masuk ke wad untuk menyelesaikan kes aku tu.
        selesai kes tu dan siap aku merekod segala perkara,aku pun berkemas untuk balik, tiba2 aku terdengar bunyi pintu diketuk. terkejut hampir melompat aku. aku tak endahkan,aku terus mengunci pintu dan bergerak ke lobi. tiba2 aku teringat budak tadi. mungkin aku leh g tgok dia jap kot. aku pn pergi ke lif untuk ke tingkat 4. tiba di wad tingkat 4,aku bertanya ke jururawat sama ada masih ade pesakit di dalam wad itu atau tidak kerana ak jumpa relative pesakit yg kesini tadi. mereka berpandangan pelik. mereka menjelaskan kepada aku bahawa pesakit terakhir sudah discharge ptg td. tiada pesakit admit malam ni.
terkedu aku mendengar penjelasan mereka. perlahan aku toleh ke luar ke arah lif. ah..sudah....kena main aku malam ni..ah..sudah...
cepat aku melangkah keluar dari wad dan menuruni anak tangga untuk ke lobi. taubat aku taknak naik lif time mcm ni. biarlah lapan belas tingkat pun. aku guna tangga sudah.
di dalam kereta sahaja aku berpeluh seperti balik bermain bola. segera aku hidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah. tiba di rumah sahaja aku terus mandi dan segera tidur. aku berharap aku tidak bermimpi kejadian tersebut.
        esoknya,ketika aku baru tiba di kampus, seorang pegawai keselamatan memanggil aku. dia ingin memberitahu mengapa malam tadi dia tidak menegur aku ketika aku tiba di kampus. dia membuka laptopnya dan menunjuk satu klip video. dan di dalam video itu adalah aku ketika didalam lif malam tadi. kelihatan aku sperti berkata-kata dengan seseorang tetapi didalam video itu hanya  aku ber seorangan. aku buntu. bukankah malam tadi aku dengan seorang budak naik ke tingkat 3. lalu pegawai itu memberitahu. ketika aku masuk di pintu pagar, dia melihat seorang budak berwajah pucat di tempat duduk belakang kereta aku. sebab itu dia tidak berani untuk menegur aku .
      aku hanya mampu diam dan terduduk. aku bernasib baik ''budak'' tu hanya menumpang dan tidak melakukan perkara di luar fikiran aku. jikalau tidak...entah la...  =(

fuhh...fuh...pejam...pejamm...aku tau dia ade kt situ lagi...fuhhh....


6 comments:

AyesyaAhmad said...

serius citer ni?? ok seram.

Muhammad Firdaus Hamsani said...

huu..serius lah... nampak x muke serius ni ---> -_-''

AyesyaAhmad said...

kat mana kat mana kejadian berlaku? huhu

Muhammad Firdaus Hamsani said...

sila stalk fesbuk saya dan lihat saya kerja di mana. hehe.. dan pastu google cerita ttg tmpt kerja saya tu di mana sbnrnya..hehehehhe.. sure lg seram kalau tahu.

budoxe lee said...

pergh~ seram doo

budoxe lee said...

bro update la lg blog