Thursday, March 14, 2013

- 3 bulan kemudian -

FASA 5: ENDING

"ahhh...hmm" dalam aku menghirup udara pagi ni. lama tidak menghirup udara malaysia. ya..walaupun 3 bulan tetapi aku rindukan keadaan di Malaysia. suasana disini tidak sama seperti ketika aku di Ireland. hari-hari dengan jaket tebal dan kasut. ah..rindunya hendak membeli sarapan dengan hanya ber"boxer" dan singlet adidas.
  aku bangkit,lantas aku menyarung selipar lusuhku. saja ak merajinkan diri berjalan di luar apartment sederhana mewah ini. tiada perubahan. malam tadi ketika aku sampai aku mengharapkan lah ia sudah bercat baru, bersuasana baru tetapi hampa. yang di takuk lama masih di takuk lama. bila kita nk maju jika perkara kecil begini tidak diambil berat. 
  terdetik aku untuk ke peti surat. entah ada tak surat2 baru . selama ni ak berpesan pada rakan rumahku untuk mengumpulkan surat2 aku. aku cuba mengintai ke dalam lubang peti itu. "eh..ade surat la."detik hatiku.
''adui .. kunci kt si mat lak. camner ni."bebel aku lagi. aku cuba mencapai dgn jari. "ah..!! dapat!!" aku tarik perlahan-lahan supaya tidak terlepas.
  aku berjalan masuk ke ruang tamu sambil membelek2 surat itu. berdebar-debar aku melihat surat itu. berhati2 aku koyakkan sampul itu. aku keluaran isinya. dengan perlahan aku membacanya. ia bertarikh dua minggu selepas pemergianku ke Ireland. mataku melirik kiri ke kanan. 

" salam,
       kehadapan saudara yang selalu memerhatikan saya. ya,saya perasan akan itu. saudara memerhatikan saya ketika saya balik kerja,pergi kerja,di kedai dan di stesen minyak. kerap juga. harap2 saudara tidak mengalami sakit mata atau ketumbit sebab itu dikira mengintai. 
     saya memberi warkah ini sebagai tanda perkenalan. mungkin saudara juga ingin memberi salam perkenalan tapi acapkali tidak kesampaian. tidak begitu? 
  Saya Nur Firdaus binti Azlan, boleh panggil saya Nur. di mana saya tinggal dan asal saya mungkin kemudian saudara akan tahu. saya tak pasti sama ada kit boleh berkawan atau berjumpa selepas saudara menerima warkah ini. biarlah ia menjadi ketentuan-Nya. 
 mungkin serba sedikit saya sudah melenyapkan beberapa tanda tanya saudara. kerana saya juga ada beberapa tanda tanya sejak2 diperhatikan saudara. 
  jangan risau, saya tidak menganggap saudara berniat tidak baik, saya always think positif. hehe.
saudara berniat baik kan? harapnya begitu. hehe. 
  di sini saya ada juga sertakan satu lampiran yg mungkin boleh buat saudara untuk datang melihat saya lagi. dan situ juga saya sertakan alamat di mana saudara perlu hadir. harap saudara dapat hadir ye. 
  InsyaAllah, jika diizinkan, bolehlah kita jd kawan. =)

yang diperhati,
    Nur Firdaus                                                                                                                                        "


"haihhhh....kantoi lak aku skodeng2 dia." hatiku berbisik. 
tiba-tiba jatuh sekeping kad dari celah surat itu. perlahan aku ambil. dan aku baca di muka depannya.
"waa..li...mah...per..per..kah..wi.nan...pu..tee..ri..ka..mii" gagap aku membaca tulisan jawi ini. 
"lahh....nak kahwin dah rupanya. patut leh nk berkenalan. cehh..." bisik aku sendiri.
tapi sayang, tarikhnya dah lewat dua bulan. masa tu aku berada di Ireland. mesti dia anggap aku tak sudi nk datang tak pun kecewa sebab dia nk kahwin. skeptikal pemikiran kita. tapi aku dapat rasa dia lagi baik dari itu. aku harap dia berbahagia dgn kehidupan barunya. 
   aku merenung keluar,ke arah ruang yang selalu keretanya berada. kini petak itu kosong. seperti kosongnya hati aku. tak mengapalah. bak seperti lagu A.Rahman Hassan. hidup perlu diteruskan. inilah salah satu corat coret warna hidup aku. hidup tanpa liku bagai jalan tanpa kedai makan di kiri kanan, nnt bosan. cewah..kedai makan aku umpamakan.
 "pikir pasal makan, perut aku lapar,baik ak g makan"bisik perutku,bukan hatiku. dan begitulah kesudahan peristiwa gadis misteri ini. 


- sekian -
 

p/s :  REFER TO STARTING, MIDDLE, LATE MIDDLE FOR EARLY STORY.

2 comments:

budoxe said...

pergh~ mmg berbakat la ko ni buat novel.

Muhammad Firdaus Hamsani said...

haha...lambat lagi.. cerita seram dah up dah.