There was an error in this gadget

Thursday, March 22, 2012

- bintang -


Senarai bintang terdekat dengan Bumi disusun mengikur jarak menaik hingga ke maksimum 5 parsek (16.308 tahun cahaya.) Termasuk Sistem Suria, terdapat kini lebih kurang 50sistem najam yang diketahui yang mungkin terletak pada jarak ini. Sistem ini mengandungi sejumlah 65 bintang yang diketahui dan 4 kerdil perang yang juga diketahui.

Bintang dan kerdil perang yang mempunyai magnitud ketara melebihi 6.5, dan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, dipaparkan dalam kelabu gelap. Kelas bintang dan kerdil perang dipaparkan dalam warna jenis spektrum mereka. (Warna ini diterbitkan dari nama konvensyen bagi jenis spektrum dan tidak memaparkan warna cerapan bintang.) Sesetengah hasilparalaks dan jarak diukur dengan RECONS[1] dan mungkin hanya pengiraan awal.


*ayat dari sumber ihsan Wikipedia. ( tak true mana )


pada aku..

bintang ni satu ciptaan Tuhan yang menakjubkan...

siang disinari dengan bintang (matahari)

malam dihiasi bintang-bintang yang bertaburan kt langit...

tenang bila aku mendongak ke langit,tgok langit penuh dgn bintang..

bukan JK,tp ntah la..menenangkan..

kalau kt kampung , gelap2 malam,aku baring kt luar,xkesah kt atas padang pn,ak tgok langit..

bkn cita2 nk jadi astronomer atau orang ke dua Malaysia ke angkasa lepas

tetapi aku suka.. serius..


antara tulisan2 yang aku baca mengenai bintang:


Al-Quran juga memberi ciri-ciri cakerawala untuk menjadi renungan manusia. Di antara ayat al-Quran yang menjelaskan perkara tersebut ialah (maksudnya):

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.” (Surah al-Furqan: 61)


senarai penuh penulisan boleh di baca di laman web YADIM

#currentlyplaying : terukir di bintang - Yuna

1 comment:

budoxesquire said...

nice~ jom pi ke bukit bintang?