Tuesday, July 3, 2012

- self conciousness -

salam.

pernah terfikir hari-hari yang kita lalui ni untuk apa sebenarnya?

aku makin kerap fikir ttgnya sejak kebelakangan ni.

smpi aku tak tahu apa yg perlu aku dahulukan apa yg kemudian.

fikiran kadang2 kusut.buntu.keras.

itu yg dalam fikiran,belom yg dalam hati lagi.

Ya Allah..banyak betol perkara aku terlepas pandang.

sampai masa aku buka mata

dengar dengan teliti

aku basahkan diri dan tulang empat keratku dengan wuduk

mencapai hamparan sejadah

bermohon taubat pada-Nya

bermohon petunjuk dari-Nya

ya..padaNya lah tempat aku mengadu.

segala kesulitan diri ni.

tanpa sedar aku menangis

aku menangis mengenangkan diriku sendiri

aku ingin berubah

aku ingin menjadi lebih baik

bukan kerana dunia

tetapi  kerana Dia

kerana aku  sedar akan kekhilafan diri aku

Insya'Allah...aku boleh..




p/s: makmum yang akan mencari imam,kelasi yang akan mencari nakhoda,bendahara yang akan mencari sultannya.

aku berubah sejak mengenali kamu,banyak kata-katamu menyedarkan aku,kisah silam kita mungkin hitam, tetapi masa depan kita belum berwarna,marilah kita warnakan dengan indahnya.

tq IN ( NA )

1 comment: