Rasanya tak sampai 10 minit aku pejamkan mata, dah mula ada bunyik bukan bukan di luar tingkap. Nilah padahnya menyewa rumah murah. murah sangat sewa ni sampai aku rasa tak masuk akal, tapi nk hidup punya pasalkan. lgpn ni bukan kali pertama aku kena sakat. biasa dah bunyik2 nih. tapi malam ni lain macam sikit.
malam ni ak tido agak lewat kerana melayan Man Laksa kt TV2 td. cerita macam hampeh lawak dia. penat aku gelak.kahkahkah. habis pun filem tu,aku beransur ke bilik. aku kemas sikit2 toto dan tilam,tepuk2 bantal,lalu aku sembamkan muka.ahhh...enak sungguh baring baring golek2 nih. aku melihat laptop di sisi,tapi seakan liat untuk aku bergerak ke sana. selalu sebelum tido aku akan melayan kawan2 di twitter atau fesbuk,tapi malam ni lain macam penat dia. ahh..malaslah,bisik aku.
aku pn mengelamun ,berangan sehingga lelap. aku baring mengiring mengadap pintu. lalu aku terlelap.tak sampai 10 minit terlelap, aku dengar bunyik bising2. ak dah boleh agak, tapi ni lain mcm dekat dia. aku masih memejamkan mata ,konon malas melayan "bnda2" tu. tp ak rasa bunyik tu dekat. sperti dibelakang aku.
aku cuba membuka mata,tapi mataku kelat,berat. aku hanya dapat melihat samar2 sahaja. tiba2 aku terasa sperti sesuatu menyentuh belakangku. seperti ekor kucing berbulu atau helaian kain menyapu belakang tubuhku. Ya Allah,jeritku didalam hati. aku cuba membuka mulut untuk berkata2 tetapi berat,mulutku terkunci. aku cuba menggerakkan badan berpaling ke belakang untuk melihat apakah yang menyentuh aku,tetapi badanku seperti terikat. tidak dapat begerak langsung.
aku mula panik, dalam samar pandangan aku, ak melihat seperti ada org berdiri di atas kepalaku, aku sperti dapat melihat sebelah kakinya di atas jarak pandangan aku. aku cuba menjeling tetapi masih tidak dapat melihat kelibat apakah itu. kemudian,ia berlalu pergi ke arah belakang aku, aku sudah tidak keruan. bunyi org berjalan semakin kuat dan hampir. aku harus lakukan sesuatu,fikirku..
lalu dengan kudrat yg ada,aku cuba menjerit.. "hoi!! hoi!! hoi!!" jerit aku dengan susah payah. aku rasa sperti jeritan aku hanya di kerongkong,tidak berbunyi... aku panik.. akhirnya ,aku nekad,dengan sepenuh tenaga, aku mencuba untuk melaungkan azan, " Allahu akhbar Allahu akhbar..... Ash'hadualla illahaillallah..."kuat aku laungkan..sekuat hati aku.
tiba tiba,aku merasa tubuhku dapat bergerak semula,lalu aku bingkas terjun dari katilku dan memerhatikan sekeliling. tubuhku bermandi peluh sperti orang baru lepas bersilat. tiada lagi bunyi2 kasar dari luar dan dalam rumah. aku beristigfar didalam hati. aku buka lampu dan perhatikan keadaan di dalam bilikku, bersepah seperti diselongkar pencuri.
aku ke bilik mandi,berwuduk dan kembali ke katil ku. kali ini,aku membaca ayatul Kursi sebagai pelindung diriku ketika tidur. semoga ia tidak datang menggangguku lagi.
kawan2..jika anda tidak mahu ini terjadi kepada anda, sila perhatikan di luar tingkap, dan dibawah katil anda. ingatlah,bukan anda sahaja berseorangan di dalam bilik anda itu, tetapi anda "BERTEMAN"
tak percaya cuba lah tengok........ =)
4 comments:
daus kat umah permai ke ni?
aah.kt rumah permai ni laa..
setan ! aku terbaca pulak. dah la asben aku takde hari ni !!
kahkahkah...shira...ape bawah katil tu shira...
Post a Comment