Thursday, July 19, 2012

- aku dan Ramadhan -



“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”  (Surah al-Baqarah, ayat 183)






salam sejahtera semua,

haa...dah diketahui umum bahawa tarikh 1 Ramadhan ialah pada sabtu ini,so boleh lah dah hafal niat puasa.
Alhamdulillah kerana masih lagi dapat bertemu dengan bulan yg diredhai Allah ini. bulan di mana segala amalan diterima dengan mudah.

ya..amalan ketika puasa. ramai dah ketahui sbb ramai dah yg share2 kt wall fesbuk bagai kt twitt pun. Alhamdulillah, semiga mereka yg share tu dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu pengetahuan itu.

tapi apakah amalan yg perlu diri sendiri buat?? dan apa yg perlu ditinggalkan?? bukan sahaja ketika ramadhan,tetapi untuk bulan seterusnya hingga menjadi amalan seharian sepanjang hidup.

macam aku sendiri,ada beberapa perkara aku nk buat dalam ramadhan ini,yg sebenarnya dah beberapa ketika buat tetapi secara intensifnya ingin aku buat ketika ramadhan. yela,ramadhan nnt semua syaitan dah diikat so yg berperang dgn kita hanyalah nafsu semata. jika kita dapat atasi nafsu mazmumah tu,insyaAllah,berjaya lah amalan2 kita.

to-do-list  in ramadhan  *ini firdaus punya yaa...

- kurangkan sifat amarah yg ada dalam diri dan gantikan dengan kesabaran

- kurangkan melakukan perkara2 sia2 dan gantikan dengan perkara bermunafaat

- memperbaiki amalan2 seperti solat dan puasa

- bertekad memperbanyakkan solat sunat 

- khatam Al-Quran dalam sebulan ini

- yg akhir, belajar bersyukur dan redha dalam segala keadaan


tak banyak,tapi itu yg aku akan cuba.. kt luar tu mesti cakap "ahh dia tu sembang jaa", "ah...konon nk jadi ustaz la tu", "ahh...tu kejap je tu,kang jadi mcm dlu gak"

suara2 sumbang seperi tu akan ada,yg penting istiqamah kita tu mcm mana. banyak perkara aku dah belajar sejak beberapa ketika ini. dan aku sendiri mula merasakan bahawa aku perlu pergi ke satu level lagi dari keadaan sekarang ini.

Islam itu sentiasa mengkehendaki kita memperbaiki keadaan diri kita.

peluang ini aku akan cuba ambil di kesempatan ramadhan ini.

aku tak minta banyak dari kamu kt luar sana..cuma sedikit doa sahaja sudah memadai.

sebab dalam badan manusia ni ada segumpal darah yang akan membentuk manusia bagaimana jadinya kita ini...

semoga Allah merahmati anda yang membaca ini..

akhir kata sempena Ramadhan Al-Mubarak ini,

KEPADA SEMUA SAUDARA DAN RAKAN,SAYA MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP TAK KIRA DARI SEGI PERBUATAN ATAU KATA-KATA,SEMOGA KITA DAPAT MENJADI INSAN YG LEBIH BERTAQWA DAN DIREDHAI ALLAH...AMINN



No comments: