salam radiasi,
saya menulis warkah ini bukan ape,sebab saya teringat kepada diri kamu. ingatan saya masih kuat seperti ingatan saya apabila pertama kali x-ray ditemui iaitu pada 8 Nov 1895 oleh Encik Rontgen. kuat juga ingatan saya ini. saya ingin betanya adakah kamu masih mengingati saya sperti itu? takpe kalau tak brapa ingt pun. tahu kamu sibuk sejak kebalakangan ini.
rindu saya semasa kita masih bersama, takkan dapat saya lupakan macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak. ia sperti x-ray yg terhasil apabila elektron yang mempunyai tenaga yang cukup, ia boleh mengetuk satu elektron di dalam relung orbit di dalam sesuatu atom logam, dan hasilnya elektron daripada tahap tenaga yang lebih tinggi kemudian mengisi kekosongan foton dan sinar-X dipancarkan.hahh...agak complicated kan kisah cinta kita. org laen takkan faham. kdg2 saya pn tak faham,kena bukak buku gak.
tapi,apakan daya, setiap xray yg dipancarkan hanya 1% yg berguna,lg 99% adalah haba. ya..haba.. haba tu lah yg mungkin memisahkan kita. tak dapat nk atasi kepanasan itu ,kerana jika dilampaui batasnya,ia leh wat kita hang atau autorestart mcm mesin CT scan tuh. takkan nk sejukkan guna nitrogen mcm dlm chiller MRI? nnt kita beku,dingin,sejuk hingga brainfreeze tak tau nk wat ape lak. jadi,kita mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing2.
seperti mana radiologi dan radioterapi yang based sama atas dasar radiasi tetapi berbeza haluan,inilah kita sekarang. takpe...janji saya masih menyimpan perasaan terhadap kamu ini sudah cukup bagi saya.. ya..sperti mana TLD dan film badge menyimpan bacaan scattered radiation ketika kita melakukan kerja.
ah...alangkah indah dan seronoknya kalau cinta kita berakhir dgn kebahagiaan. seolah2 kepuasan ketika dapat melaksanakan prosedur Coronary CTA yg perlu mengikut rentak jantung itu. dengan harapan tiada bacaan kalsium yg tinggi dalam coronary artery dan rentak jantung yg rendah untuk dapat imej yang optimum. ahh....seronoknya apabila dapat menerangkan kepada pesakit mereka sihat walafiat,seperti itulah kepuasan jika dapat menggembirakan kamu.
nampaknya smpi disini sajalah warkah ini, tak mampu nk tulis panjang2 sbb jangka hayat satu elektron teradiasi pn tak lama,tak mcm yg kena kt Hiroshima tu,berminggu2. ini xray utk perubatan,sekejap je. sekejap sperti hubungan kita.
akhir kata dari saya, jagalah diri elok2 dan gembiralah selalu. majulah x-ray untuk negara.
yang benar,
Radiographer
hmm...mcm ni la rasa masa jatuh cinta dulu dan rasa yg sama masa berpisah |
No comments:
Post a Comment