Thursday, July 12, 2012

- garam,langau -

terbaca satu petikan peribahasa di dalam website ketika sedang blogwalking dan membaca jurnal2 dan artikel2,


"Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging"


apa yang aku dapata fahami dari peribahasa ni ialah ia memberi pengertian bahawa jika kita tidak dapat menjadi seseorang yg berbakti kepada orang lain,maka jangan lah kita membawa keburukan kepada orang itu, lebih2 lagi dalam soal percintaan.

mungkin apabila kita meluahkan dan menyatakan hasrat hati kita,ada sesetengah gadis yang masih belum bersedia akan menolak atau tidak dapat menerima,maka jangan lah kamu membawa meburukan kepadanya dengan cuba menganiayanya atau memburukkan persepsi dirinya.

kerana terdapat pepatah lain pula mengatakan

"jika kamu tidak dapat berbuat baik sekali pun,jangan lah kamu berbuat jahat,kerana tidak berbuat jahat itu sudah cukup baik" 

makanya saya mengingatkan kepada sahabat2 yang membaca entry ini dan diri saya supaya sentiasa melakukan kebaikan tak kira kepada siapa dan bila masa sahaja dan dimana jua,kerana Allah memerhati segala gerak geri kita dan ingatlah segala perbuatan kita akan dikira walau sebesar zarah pun.