Monday, July 23, 2012

- sahur -

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)


sumber dari TAZKIRAH
*************************************************************

semalam kt kg,agak lewat bgn sahur,then mood nk mkn berat2 mmg xda la. so capai 4 5 biji kurma,makan kurma dengan nestum. alhamdulillah tahan.

harini dah kt Damansara, lg la xda mood nk mkn berat2, sahur dgn Nesvita je. InsyaAllah tahan.

bersahur bukan sebab nnt siang tak tahan lapar,tapi bersahur untuk mendapat keberkatan berpuasa dalam bulan Ramadhan ini.

InsyaAllah semoga kita bersama mendapat keberkatan dari-Nya



1 comment:

sudipVSsenduk said...

bulan ramadhan ni, terasa sedap pulak makan kurma... kalau tak, pandang pun tak nak